Bismillah
Hari ni saya nak share pasal
pendidikan anak-anak. Tak kira lah kita ni cikgu ker, ibu ker, bos ker, peniaga
ker…secara langsung atau tidak langsung kita sebenarnyer dikelilingi dengan
kaedah interaksi yang berbeza mengikut kefahaman, pendidikan dan tahap emosi
kita.
Saya tak nak la citer pasal
orang lain sebab ini lebih banyak merujuk pada diri saya sendiri dan
pengetahuan buat yang lain.
Saya sebagai seorang
pendidik, mengakui yang saya selalu sangat menggunakan kaedah konvensional
dalam usaha untuk memperbaiki sikap dan tingkah laku pelajar. Kadang-kadang tu
nak bagi semangat supaya mereka berubah untuk lebih rajin belajar tapi macam
takde kesan pon. Sama jer….frust la jugak. Hahahah!
Apa teknik konvensional yang
saya guna tu? Hehe…apa lagi kalau bukan,
- Marah
- Berleter
- Ugut…biasanyer saya ugut tak bagi balik selagi kerja tak siap
- Denda ni biasa saya buat soh berdiri, kutip sampah
- Menghukum..yang ni biasa saya rotan atau cubit tp terus terang saya cakap, mmg takde effect langsung kat depa. Main-main lagi ada la. Cikgu yang pening & sakit hati
- Bagi hadiah…yang ni pon biasa saya buat. Siap jahit sendiri lagi tau. Semata-mata nak bagi semangat kat depa ni.
Tapi, semua yang saya buat
tu takde kesan kat depa. Pening gak fikir gane nak attract depa.
**Ni antara hadiah yang saya
jahit sendiri..hihi..pencil box dari kain felt.
Saya sebenarnyer dalam usaha mengaplikasikan teknik didikan nabi ni pada anak-anak murid saya yang agak lemah di kelas. walaupon agak mencabar tapi perlu juga diusahakan.
Hari ni baru seminggu saya aplikasikan teknik tersebut walaupon tadi hampir terguna cara tradisi lama iaitu marah, alhamdulillah ku ingatkan diri utk bersabar. huhu!
Anak-anak ni jadi lambat, malas buat kerja dan tak tumpu perhatian dalam kelas sebab dia tak rasa seronok nak belajar. Macam mana nak seronok kan kalau dia tak pandai nak baca jawi, tengok kerja tu pon tak paham apa nak buat.
Tahu tak, dengan teknik pujian gaya nabi ni, ada 3 kaedah utama:
1) cari kebaikan
2) puji kebaikan tersebut
3) sebutkan impaknyer
Ni saya share dari blog
Ustazah Siti Khadijah:
Pada asasnya, teknik-teknik
Nabi Muhammad s.a.w itu sangat efektif bagi mencapai dua matlamat dalam
mendorong perubahan sikap dan tingkah laku, yakni:
1. Mendorong seseorang itu
mengekalkan sikap dan tingkah lakunya yang sudah baik dan betul.
2. Mendorong seseorang itu
meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah
baik.
3. Mendorong seseorang itu
mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku
yang baik.
Bestkan…Jom kita semua usaha
amalkan! Allah tidah menilai pada hasil tapi ALLAH tengok pada istiqamahnyer
kita dalam usaha berubah kearah kebaikan.
Semoga kita semua mampu menjaga amanah ALLAH yang berharga ini dengan sebaik-baiknya. ANAK adalah amanah yang paling terbesar!
Sollu ‘ala nabiyy…rindunya
kami pada mu YA RASULULLAH!
No comments:
Post a Comment