Saturday 25 January 2014

simptom2 stroke?!

Antara simptom2 stroke yang perlu anda tahu supaya boleh ambil tindakan segera...


Stroke & Shaklee?!

Tahukah anda?!

Stroke aka angin ahmar adalah sejenis penyakit yang ada potensi untuk sembuh semula. Ia bergantung pada cara penjagaan yang betul juga komitmen serta kesungguhan yang diberi oleh pesakit dan juga ahli keluarga. 

Kalau pesakit je bersungguh nak baik tapi takde support dari family or penjaga, tak membantu untuk sembuh. begitulah juga sebaliknya.

pesakit & family/penjaga dua-dua kena saling bekerjasama dan bantu membantu, depa perlu bertindak sebagai satu pasukan, saling lengkap melengkapi. barulah membantu proses pemulihan yang cepat.

Penjagaan pertama sangat penting untuk pesakit stroke.
Ramai yang tidak tahu apabila pesakit stroke mendapat penjagaan dan rawatan yang berterusan dan disertakan dengan semangat yang tinggi mereka boleh sembuh serta menjalani hidup yang normal seperti sedia kala.

Ikuti sedikit info dari Majalah iSIHAT keluaran Februari 2012 untuk pengetahuan bersama.



Antara produk Shaklee yang dicadangkan untuk mencegah stroke ialah OMEGA GUARD.

Kenapa Omega Guard? 

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk:
~mencegah masalah pembuluh darah
~mengurangkan kolestrol dan
~mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah.

Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronori.


Kita usaha yang terbaik, selebihnya Allah yang tentukan.


Bagi yang tak boleh telan kapsul dan mempunyai bajet yang lebih, saya cadangkan ambil Vivix. Vivix merupakan sirap tonik Shaklee dan merupakan minuman botanikal 1001 rahsia.

mekanisma utama Vivix ialah:

• Melindungi dan membaiki kerosakan DNA
• Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
• Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
• Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)

Kita usaha yang terbaik, selebihnya Allah yang tentukan..
Vivix bukan je untuk stroke tapi sesuai untuk semua terutama penyakit-penyakit kronik. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best!


Jom ikhtiar dengan supplement SHAKLEE!

Apa-apa penyakit pun, tak salah kita berusaha untuk merawat dan mencegah kan. Tapi kita kena ingat semuanya bergantung kepada Allah swt yang menyembuhkan.

Jangan lupa untuk berdoa dan memohon kepada-Nya 

p/s~ jom sapa2 nak join dgn free membership SHAKLEE. blh pm/wa saya 

Balqis
geng SHAKLEE anda

STRESS PUNCA PELBAGAI PENYAKIT?!


Hari tu ada citer yang stress pon boleh jadi punca pelbagai penyakit termasuk la stroke ni..
Sebut tentang stress, ada banyak cara untuk kawal stress. Antaranya: 
~senyum sentiasa
~Hitung nikmat yang kamu ada
~hitung kesyukuran 
~berhenti dari risau terlampau..

Tambahan dari kata-kata ebit lew yang saya petik...
"kembali pada Allah rupanya jalan terbaik membuat kita tenang dan kerja dengan lebih baik kerana IKHLAS atau niat kerana Allah..
Lihat akhirat membuat kita lebih jujur dan cemerlang..
Jom mula JAGA SOLAT AWAL WAKTU"

dan kalau nak amalkan suplemen..saya cadangkan amalkan 1biji B Complex sehari


Balqis 
Qcute Healthy
geng SHAKLEE anda

Bahaya stroke aka angin ahmar!

Stroke atau dalam istilah kita angin ahmar. Masa praktikal kat hospital dulu, pesakit stroke ni paling ramai ada kat department physio. Tak pernah berkurang..sentiasa ramai.

Kita ni sokmo sebut stroke, angin ahmar..tau ker stroke tu apa? Gane leh jadi? Siapa yang berisiko dapat?stroke ni maksudnya tiba tiba.. atau dalam istilah perubatan stroke bermaksud kematian mengejut.

Dalam erti kata lain strok adalah serangan otak yg timbul mendadak akibat pembuluh darah otak pecah atau tersumbat. 


Stroke ni terbahagi kepada dua:
-ischemic stroke aka pembuluh darah tersumbat
-hemorrhagic stroke aka pembuluh darah pecah 


Kebiasaannya yang ramai kena adalah ischemic stroke, iaitu pembuluh darah tersumbat. Biasanya kategori stroke ni orang tua yang kena. Bak kata lecturer saya dulu, asalnyer depa dah bawa daripada muda lagi. Macam yang ada tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, diabetis...bila semakin tua, fungsi badan semakin menurun, mudahlah nak kena.

Stroke hemorrhagic aka pembuluh darah pecah pula kebiasaannyer orang muda yang dapat. Haaa? Jangan ingat stroke orang tua je ye. Kebiasaannyer juga orang yang diserang pembuluh darah pecah ni akan menyebabkan kematian.


 Antara punca adalah tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, gangguan jantung, diabetes. Ada kawan saya yang belajar perubatan islam kata, stroke ni puncanyer dari makhluk halus. semua tu tak mustahil kan?!

Faktor lain adalah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, fastfood, kurang senaman, obesiti. Stress yang kronik juga punca terjadinya strok.

Stress?! waa..stress pon boleh menyebabkan stroke tau. bkn stroke je, mcm2 penyakit blh dapat kalau stress je memanjang. huhu!

Dalam keadaan dunia skrg, rasanyer memang kita tak boleh nak elak dari stress ni semua.. dah nama pun kehidupan. nak tak nak, kita kena hadapi... bezanyer, bagaimana kita hadapi stress tersebut?



Antara langkah yang boleh diambil untuk hindarkan diri dari strok adalah:
~hentikan merokok
~periksa tekanan darah anda 
~semak kesihatan jantung anda
~semak gaya hidup dan pemakanan harian
~hindari makan daging merah terlalu banyak
~banyakkan makanan berserat
~kurangkan garam dalam makanan harian 
~kurangkan fastfood 
~aktif bersenam
~atasi dan kawal stress harian anda


bersambung....

Teknik nabi dalam berbisness?!

Alhamdulillah baru-baru ni ada kawan share dalam group SHAKLEE (group rahsia kami) untuk guna teknik nabi dari ustazah Siti Khadijah dalam berbisnes. Hebat x teknik nabi ni?! Tak kira siapa sasaran nyer, tetap boleh diguna pakai. Antara tekniknya:
  •  guna teknik nabi untuk bonding. Mula-mula bina dan eratkan ukhuwah dulu.
  • Kalau nak suruh mereka (downline) buat apa-apa, jangan guna ayat arahan. Kita buat macam nabi, nabi kalau nak suruh sahabat buat, baginda kata…JOM….AYUH…MAHUKAH KAMU...
Cth: Jom kita semua study pasal Alfalfa (sempena promo alfalfa bulan ni)
Jom kita sama-sama cari apa khasiat dan kesan kekurangannyer
  • Letak ayat ganjaran sebab sifat manusia secara semulajadi sukakan penghargaan
Semoga apa yang di kongsikan akan dilipatgandakan rezeki dan pahala yang berpanjangan.

Dengan cara ini inshaALLAH blh bantu naikkan self esteem mereka.


Nabi tak cari salah seseorang tu tapi nabi bagi cara penyelesaian..

Dengan teknik pujian gaya nabi, ada 3 kaedah:
1) cari kebaikan
2) puji kebaikan tersebut
3) sebutkan impaknyer

Boleh guna tau kaedah ni bukan hanya pada pelajar tapi pada individu-individu yang ada sikap negatif atau melakukan kesalahan supaya mereka mengubah sikap dan tidak mengulangi kesalahan mereka. 

Waaaa...gane lagi cara nak ngajo budak-budak ni! Tolooong! TEKNIK DIDIKAN NABI?!

Bismillah

Hari ni saya nak share pasal pendidikan anak-anak. Tak kira lah kita ni cikgu ker, ibu ker, bos ker, peniaga ker…secara langsung atau tidak langsung kita sebenarnyer dikelilingi dengan kaedah interaksi yang berbeza mengikut kefahaman, pendidikan dan tahap emosi kita.

Saya tak nak la citer pasal orang lain sebab ini lebih banyak merujuk pada diri saya sendiri dan pengetahuan buat yang lain.

Saya sebagai seorang pendidik, mengakui yang saya selalu sangat menggunakan kaedah konvensional dalam usaha untuk memperbaiki sikap dan tingkah laku pelajar. Kadang-kadang tu nak bagi semangat supaya mereka berubah untuk lebih rajin belajar tapi macam takde kesan pon. Sama jer….frust la jugak. Hahahah!

Apa teknik konvensional yang saya guna tu? Hehe…apa lagi kalau bukan,
  • Marah
  • Berleter
  • Ugut…biasanyer saya ugut tak bagi balik selagi kerja tak siap
  • Denda ni biasa saya buat soh berdiri, kutip sampah
  • Menghukum..yang ni biasa saya rotan atau cubit tp terus terang saya cakap, mmg takde effect langsung kat depa. Main-main lagi ada la. Cikgu yang pening & sakit hati
  •  Bagi hadiah…yang ni pon biasa saya buat. Siap jahit sendiri lagi tau. Semata-mata nak bagi semangat kat depa ni.

Tapi, semua yang saya buat tu takde kesan kat depa. Pening gak fikir gane nak attract depa.

**Ni antara hadiah yang saya jahit sendiri..hihi..pencil box dari kain felt.


Saya sebenarnyer dalam usaha mengaplikasikan teknik didikan nabi ni pada anak-anak murid saya yang agak lemah di kelas. walaupon agak mencabar tapi perlu juga diusahakan.

Hari ni baru seminggu saya aplikasikan teknik tersebut walaupon tadi hampir terguna cara tradisi lama iaitu marah, alhamdulillah ku ingatkan diri utk bersabar. huhu!

Anak-anak ni jadi lambat, malas buat kerja dan tak tumpu perhatian dalam kelas sebab dia tak rasa seronok nak belajar. Macam mana nak seronok kan kalau dia tak pandai nak baca jawi, tengok kerja tu pon tak paham apa nak buat.


Tahu tak, dengan teknik pujian gaya nabi ni, ada 3 kaedah utama:
1) cari kebaikan
2) puji kebaikan tersebut
3) sebutkan impaknyer

Ni saya share dari blog Ustazah Siti Khadijah:

Pada asasnya, teknik-teknik Nabi Muhammad s.a.w itu sangat efektif bagi mencapai dua matlamat dalam mendorong perubahan sikap dan tingkah laku, yakni:

1. Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap dan tingkah lakunya yang sudah baik dan betul.

2. Mendorong seseorang itu meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah baik.

3. Mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.

Bestkan…Jom kita semua usaha amalkan! Allah tidah menilai pada hasil tapi ALLAH tengok pada istiqamahnyer kita dalam usaha berubah kearah kebaikan.

Semoga kita semua mampu menjaga amanah ALLAH yang berharga ini dengan sebaik-baiknya. ANAK adalah amanah yang paling terbesar! 

Sollu ‘ala nabiyy…rindunya kami pada mu YA RASULULLAH!

Monday 13 January 2014

PERMAINAN UNTUK PERKEMBANGAN MINDA ANAK?!

wah..pertama kali masuk blog http://saatakukaupilih.blogspot.com ni terus jatuh cinta dengan info yang sangat bermanfaat, dari rasa mengantuk sebab dah lewat malam, terus segar bugar dan rasa tak puas membaca entry ni ditambah lagi ralit tengok gambar-gambar Haikal bermain. Sangat teruja tengok Haikal & mainannyer. Handsome boy & clever boy. 

Ni saya share kembali di sini untuk manfaat & rujukan bersama. 

Ok sebenarnya since aku publish entry pasal Child Psychiatrist tu kan, ramai parents yang email aku dan share pengalaman masing-masing buat assessment dengan Child Psychiatrist.
Rupanya ramai jugak parents yang dah pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist kan.
Aku ingat aku sorang je. -___-
Well, ramai yang beranggapan bahawa anak-anak yang perlu jumpa Psychiatrist ni, mesti anak yang terencat otak,
anak ada masalah mental, anak autism, anak asik kena rasuk, etc.
Kamonnn.. TAK SEMESTINYA.

Macam kita. Kita jumpa gynecologist sebab nak beranak je ke?
Tak semestinya kan. Period tak teratur pun jumpa gynae.
Asik sakit perut pon jumpa gynae.
Saje-saje nak cari jodoh pon jumpa gynae. :D 

So sama macam child psychiatrist. 
Bawak anak jumpa psychiatrist tak semestinya anak kau gila. -_____-
Sebenarnya, semua parents yang ada anak 12 bulan dan keatas,
sangat disarankan bawak anak masing-masing jumpa Child Psychiatrist.
Untuk apa??
Supaya parents lebih mengenali behaviour anak.
Supaya parents tahu cara yang betul untuk handle behaviour-behaviour tertentu.
Contoh, anak kuat jerit, nak buat camane. Anak takut strangers, nak buat camane. Anak terlalu manja, nak buat camane. Anak lembap, nak buat camane. Anak lambat cakap, nak buat camane.
Kat sana ialah tempat terbaik untuk parents belajar mengenali anak masing-masing
dan tahu mana salah silap SEBELUM TERLAMBAT. 
Dan supaya perkembangan fizikal dan mental anak dapat diransang dengan baik.
Dan parents bukan sekadar memperbodohkan anak dengan gajet semata.
Amboi kasarrrr ayatnya. -___-

Biasalah kita sekarang dah terlalu moden.
Sampai otak jadi sempit dan tak kreatif bila fikir soal anak.
Bila anak bosan, nah ipad.
Bila anak nak perhatian, nah ipad.
Nanti esok-esok kau dah tua, kau lapar, anak suapkan ipad dalam mulut kau.
Ok kasar lagi. Maafkan saya. -..-

Bagi parents yang dah pernah hantar anak buat assessment dengan Child Psychiatrist, mereka tahu betapa banyakkkkk aktiviti yang boleh dilakukan bersama untuk merangsang fizikal dan minda anak.
So hari ni aku nak share beberapa aktiviti tersebut.
Dan semua aktiviti ni bukan saje based on experience aku sendiri, tapi jugak dari pengalaman parents lain yang sudi berkongsi untuk manfaat bersama. 
Siapa kata aku mereka-reka cerita, korang siap. Aku jentik tahi lalat tu kang.
;D

Kalau diikutkan memang terlalu banyak aktiviti untuk meransang minda anak-anak yang diguna-pakai oleh Child Psychiatrist dalam assessment mereka.
Tapi kat sini, aku senaraikan beberapa sahaja, yang aku rasakan murah, mudah dan semua orang boleh praktikkan dengan anak masing-masing di rumah.

Ok jom kita tengok satu-satu.


1) Ring Tower / Tower Blocks / Cup Tower.

Apa-apa sahaja aktivti berkenaan membuat tower adalah bagus.
Macam Haikal, kitorang beli ring tower je. Senang.
Cuma susun yang besar bawah, kecik atas.
Dan supaya dia boleh kenal saiz mengikut turutan yang betul. 


Dari aktiviti ni, anak akan dapat recognize saiz dan belajar camane nak buat tower yang seimbang. 
Selain ring tower, korang jugak boleh guna barang yang dah ada kat rumah macam cawan plastik atau mangkuk plastik untuk buat tower.


Besar bawah, kecik atas. Suruh anak susun camtu. 
Pastu bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. ;D


2) Colour Sorting 

Ok untuk aktiviti ni, korang boleh guna apa sahaja benda yang berwarna.
Dan suruh anak asingkan mengikut warna yang sama.
Macam Haikal, selalunya aku guna tiga benda.

a) Fruit Fork.




b) Fur Balls




c) Batang Aiskrim


Seperti yang kita semua tahu, bermain dengan warna adalah cara paling baik untuk merangsang minda anak.
Aku pon tak tahu nak explain secara scientific. Tapi aku boleh tengok sendiri dari perangai Haikal.
Kalau bermain dengan benda berwarna, dia nampak excited dan bersemangat. 
Dia tak cepat bosan dan happy je masa bermain.
Dan menurut doktor, warna bagus untuk stimulate mata anak-anak jugak. =)
  
Aku tak guna benda yang sama setiap hari untuk aktiviti sorting colours ni,
sebab Haikal akan bosan bila tengok benda yang sama hari-hari.
So kita tukar-tukar.
Hari ni batang aiskrim, esok fur balls, lusa fruit fork, dan sebagainya.
Aktiviti ni tak terbatas untuk barang-barang tertentu sahaja.
Asalkan barang tu berwarna, boleh guna.
Sudu ke, sepit baju ke, pensil warna ke, kertas warna ke, stokin ke. -___-


3) Sorting beads

Aktiviti ni agak merbahaya dan wajib ada orang dewasa yang monitor.
Sebab ia melibatkan beads/manik.
Aktiviti ni aku dapat tahu dari mak saudara aku. Dia nurse.
Dan dia jugak pernah bawak anak jumpa Child Psychiatrist,
dan ini salah satu aktiviti yang anak dia buat semasa assessment.

Aktiviti ni mudah je. Korang hanya perlukan manik berbagai warna dan jenis.
Butang baju pon boleh.
Longgokkan banyak-banyak dalam pinggan.
Dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna.
Dah macam babak nak cari bakal isteri dalam cerita p.ramlee pulak. Kahkah. 


Kenapa guna manik?
Sebab benda kecik-kecik ni boleh stimulate fine motor skills anak dan latih anak untuk lebih fokus.
So nanti penglihatan dan pemikiran dia tajam, pergerakan tangan dia lebih lancar.
InsyaAllah bila besar nanti pandai melukis dan tulisan cantik.
Macam iolls.
*muntah*
;D


4) Shape Sorting

Masa Haikal baby dulu, kitorang ada beli shape sorter yang macam ni.



Branded dan mahal. 
Berlagak habis la masa tu. Bahah.
Tapi percayalah cakap aku. Tak worth it langsung korang beli shape sorter yang mahal-mahal camni.
Dah la mahal, pastu blocks dia tak banyak.
Macam yang aku beli ni, blocks dia dalam 18 ketul je.
Umur belum setahun Haikal dah boleh buat tak sampai 2 minit.  
Sekarang dia siap dah boleh masukkan shape tu dari dalam ke luar. -____- 
Lagi satu yang aku tak suka, kegunaan dia tak pelbagai. Boleh guna sebagai shape sorter sahaja.
Boring. Dan membazir.

Nasib baik ada sorang ibu yang share tentang shape sorter yang lebih berbaloi.
Katanya, kat Mr.DIY ada jual wooden blocks (100 ketul), harga cuma RM40.
Ada tiga kegunaan pulak tu:

Shape sorter.


Boleh buat castle atau tower.


Dan boleh buat Domino jugak!

Lebihhhhh berbaloi dari beli shape sorter yang mahal tapi tah hape-hape itu. -..-
Jadi Haikal pon boleh main lebih lama dan tak bosan dengan satu aktiviti sahaja.
Selain boleh rangsang otak dalam mengenal pasti shapes,
benda ni jugak boleh enhance kreativiti anak dalam construct castle dan susun domino.
Oh selain tu, korang jugak boleh suruh anak sort colours menggunakan wooden blocks ni.
Kan dia ada banyak warna tu. 
Sangat beronok-ronok bukan? :D


5) Penyepit baju.

Masa buat assessment dengan Dr. Sherine, Haikal ada buat aktiviti ni.
Guna sepit baju.

Tak payah yang fancy-fancy camni pon takpe.
Sepit baju mydin pon boleh guna. =)
Korang boleh latih anak tekan sepit baju tu dan sepit di tepi bekas seperti ini..


Selain merangsang otak, aktiviti ni sangat bagus untuk motor skills, sensory skills, dan melatih anak mengawal tangannya.
Memula memang payah. Sampai herot-herot mulut Haikal nak picit penyepit tu kahkah.
Tapi lama-lama dia semakin terrer.
Makin laju dia buat. =)


6) Fur sticks & Penapis Sayur.

Bahah.
Kenapa penapis sayur perlu terlibat sama dalam hal ni. -___-


Fur sticks ni aku simpan sejak zaman anak dara lagi.
Aku dulu memang suka buat arts. Macam buat kad mother's day ke hape kan.
Biasalah anak dara mana ada kerja lain. Nak tolong mak kemas rumah, malas. -..-

Korang boleh cari Fur Sticks ni di mana-mana kedai stationaries. Mesti ada punya.
Apa yang korang perlu buat ialah, potong fur sticks tu pendek-pendek
dan suruh anak masukkan dalam lubang penapis sayur.


Aktiviti ni pun bagus untuk latih anak lebih fokus dan stimulate fine motor skills.
Selalunya aku suruh Haikal cucuk dan susun mengikut warna fur sticks tu.
Aktiviti ni memang fun sebab boleh menguji tahap kesabaran anak korang jugak. :D


7) Hair bands, lidi dan penapis sayur.

Ye, masih menggunakan penapis sayur. -___- 


Tapi kali ni kita guna penapis sayur berlainan dari yang tadi.
Supaya blog readers tahu kat rumah iolls ada banyak penapis. Kahkah!

Ok tentang hair bands, semua mak-mak mesti ada hairbands bukan?
Takkan la kau memasak dengan rambut lion king segala. 
Macam aku, memang suka standby hair bands banyak-banyak kat rumah.
Sebab hairbands ni, hobi dia menghilangkan diri selalu.
Sebelum mandi elok je letak atas meja, tetiba habis mandi ting! Hilang. -..-
So kalau travel ke apa, aku memang standby banyak hairbands dalam wallet.
Kang kalau hairbands hilang atau hari tu kuat berpeluh so hairband berbau hapak nak pengsan bila bau kahkah.
So lebih senang bila ada banyak spare.

Jadi sementara hair bands yang belum diguna masih banyak,
boleh lah guna untuk buat aktiviti bersama Haikal.
Jangan bagi anak main yang dah hapak pulak ye. Rosak saraf hidung budak tu. ;D 

Aktiviti ni senang saje. Anak cuma perlu tarik hairbands dan masukkan dalam lidi mengikut warna.
Tapi aktiviti ni cukup bagus untuk fizikal dan mental anak.
Sebab?
Sama macam aktviti lain, dapat enhance sensory and fine motor skills. 
Latih pergerakan tangan. Latih anak fokus. Latih anak sabar. =)


8) Count the sea-shells.

Ok budak-budak memang cepat belajar mengira bila ada objek dan bukan sekadar menulis di atas kertas.
Korang boleh guna apa-apa barang yang senang dikira.
Macam Haikal, kitorang guna sea-shells.


Korang boleh je kutip mana-mana kalau rumah kat tepi pantai kan.
Tapi boleh jugak guna benda-benda lain macam batu sungai ke kan.
Eh semua benda pon boleh guna kottt. Nak kira je pon kan. -..-

Dalam aktiviti ni, Haikal perlu letak bilangan sea-shells mengikut nombor yang diletakkan kat sebelah pinggan.
Macam ni..

Kalau anak korang dah besar sikit, boleh guna kaedah yang sama untuk ajar maths macam plus minus dan sebagainya.


9) Bolts & Nuts

Ok yang ni pon salah satu aktiviti yang Haikal buat masa assessment dengan Dr.Sherine tempoh hari.
Bolts and Nuts ni korang boleh beli kat mana-mana. Cari yang murah sudah.
Aku beli kat Mr.DIY. Memang murah.
Tapi tak ingat dah berapa. -___-


Benda ni dia berbeza mengikut warna, bentuk dan saiz.
So bolt dan nut tu kena matching dalam 3 perkara itu (warna, bentuk, saiz).
Kalau tak match, memang tak masuk.

Oh aktiviti ni paaaaaling aku suka.
Sebab Haikal kena genius sikit nak main benda ni.
Selalu dia main benda senang-senanggg je kan.
Yang ni susah, padan muka dia. ;D

Tapi lama-lama, pon Haikal boleh buat.
Tak pandang pun rilek je dia buat. -___-

Aktiviti ni bagus.
Selain mencabar minda, sebab kena matching banyak warna, bentuk dan saiz,
ia juga dapat melatih fine motor skills dan hand movement.
Ingat, apa-apa aktiviti yang merangsang pergerakan fizikal (pulas, picit, tekan, tolak, tarik, lompat, lari, merangkak, berguling etc), juga akan merangsang motor skills dan brain development!
Sekali lagi bayangkan iklan anmum, sel-sel otak sedang berhubung. :D


10) Melukis

Walaupon aktiviti melukis ni nampak remeh,
ataupon nampak macam tak best sebab parents tak pandai lukis,
sila tahu bahawa permikiran dan imaginasi budak tak terbatas kepada sesuatu gambarajah sahaja.
Lukislah apa saje dan suruh anak imitate lukisan korang.
Cantik ke tak cantik tu balakang kira.

Masa ni la korang nak latih anak pegang pen, pensil warna, crayon dan sebagainya.
Kajian mengatakan, anak yang SUKA melukis mempunyai pemikiran yang lebih kreatif.
Dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan adalah lebih luas.
Hamboi.

Dia kata anak yang SUKA melukis ye, dia tak kata anak yang PANDAI melukis. 
So pandai tak pandai melukis, itu belakang kira.
Yang penting, jadikan aktiviti melukis tu sebagai hobi atau rutin harian.



Jangan kata parents tak pandai lukis, so taknak buat aktiviti melukis dengan anak.
Rugi.
Lukislah apa saje. Dan suruh anak imitate. 
Walau sekadar bulatan atau garisan.

Ataupon buat camni.
Kita lukis sesuatu bentuk (bulat, square, line, oval, etc.) dan suruh anak sambung lukisan tersebut.
Pepandai dia la nak sambung dan menjadikan apa-apa yang dia nak.

Memang la buruk hazabedah lukisan dia. Bahah.
Tapi kita tak tahu apa yang sedang bermain di fikiran dia.
Jadi biar dia lukis, biar dia explore. =)


Ok ni aku saje nak share.
Hari tu aku jumpa crayon blocks ni. Pun dekat Mr. DIY.
Crayon blocks ni sangat berguna. Bila Haikal dah bosan melukis, dia boleh buat tower. =)

Macam-macam mainan budak-budak sekarang.
Crayon blocks lah apa semua lah. -____-

Helloooo mama dulu lukis pakai arang je tau.
Ok tipu. ;D


11) ABC 123 Blocks.

Macam yang aku cakap sebelum ni, warna dan appearance permainan tu memainkan peranan penting dalam menarik minat anak-anak.
Kalau sekadar tulis ABC 123 di atas kertas, mungkin diorang akan cepat bosan.
So korang boleh try guna blocks.
Kat mana-mana pon ada benda ni. Aku beli kat giant tak silap.


Sebelum umur 2 tahun, Haikal dah boleh hafal dan recognize setiap huruf A-Z dan nombor 1-10.
Amazing? Memang.
In fact, blocks adalah lebih powerful dari flash cards.
Tak percaya korang boleh cuba.


12) Car track.

Tak payah beli car track yang bertingkat-tingkat yang mahal tu.
Cuma guna masking tape berwarna, dan tampal kat lantai dan design lah ikut suka korang.
Dan amik segala mainan cars yang anak korang ada, dan suruh dia gerakkan car tu di atas track.


Aktiviti ni pon bagus untuk fine motor skills selain melatih anak untuk lebih fokus.
Selain bajet yang murah, sebab korang hanya perlukan masking tape sahaja,
 korang jugak boleh ubah design track tu kepada design yang lebih susah dari minggu ke minggu.
Supaya aktiviti ni jadi lebih mencabar, dan otak anak korang dirangsang dengan lebih baik.


13) Shoot the ball.

Ok ni last.
Aku pon dah penat taip. -______-"

"Shoot the ball" jugak adalah salah satu aktiviti Haikal semasa assessment tempoh hari.
Just baling bola dalam jaring.
Main bola jaring la senang cakap. -..-

Kebaikan aktiviti ni lebih kurang macam memanah.
Dapat latih anak lebih fokus, precise dan concise dalam hidup.
Macam yang kita tahu, aktiviti memanah adalah sunnah nabi.
Tapi pada umur ini, Haikal belum sesuai untuk buat aktiviti memanah.
So untuk melatih ke arah itu, boleh buat aktiviti ni dulu (baling bola dalam jaring).
Dan bila dah besar sikit, boleh ajar dia main dart, dan seterusnya ajar memanah.
Gitu.

Note untuk parents: Jangan lupa letak bakul bawah jaring supaya korang tak lecak ketiak kejar bola sana sini. -___-

Aktiviti ni korang kena lakukan secara berperingkat.
Buat paras rendah dulu. Biarkan dia masukkan ball tu dengan senang lenang.
Benda ni penting untuk build dia punya self-esteem sebelum memulakan cabaran yang lebih susah.
So bila dia kompiden habis masukkan ball dalam jaring tu, baru letak paras yang lebih tinggi.
Kalau boleh paras yang memerlukan anak tu melompat atau mengjingkitkan kaki.
Pergerakan macam ni bagus untuk fizikal especially kekuatan muscle dan tulang dia.
Dan ofkos untuk otak jugak. =)

kita sebagai parents pon kena berfikiran kreatif dalam membuat aktiviti bersama anak.
Kalau penat bekerja sekalipon, ada banyak aktiviti mudah yang tak perlu keluar peluh pon. 
Jangan malas dan jangan harapkan ipad semata.


Menarik & tertarik kan?
Haaa..boleh praktikkan pada anak-anak & pelajar...x boleh buat semua, jangan tinggal semua.

Tahniah ummi Haikal, Puan Adlil Rajiah, mg dgn usaha puan ini mendapat ganjaran pahala dariNYA yang tidak putus-putus. amiiin!
Mg Haikal jadi anak yang soleh & taat pada ibu ayah ye nak! Jadi seperti Uwais Al Qarni yang sangat taat pada ibunya.