Saturday 27 September 2014

REFLEX KAKI MENYAKITKAN?!

Assalamu'alaikum wrh wbt.

Hari ni dah masuk 2 zulhijjah 1435H. Saya doakan kalian semua dalam nikmat sihat & iman.

Apa aktiviti kita hari ni?
Pagi ni saya ada aktiviti sekolah, program santai untuk para pelajar UPKK di Taman Gelora, Kuantan.

Kat sini ada 'hamparan' batu untuk reflex kaki. Mmg dah lama sangat cari tempat batu2 utk dipijak. Hihi!
Ha..ni la hamparan batu tu, 7x ulang alik tau..sangat sakit, rasa nak menangis..berpeluh-peluh den dibuat nyer. Hasilnya?! Malam ni memang rasa ringan dan sedap sangat badan, rasa happy je tau. Tak caya? Cer la try dulu baru tau :D


Saya sangat la menggalakkan untuk yang mencari rawatan alternatif untuk mencuba rawatan yang FREE ni. Tak perlu keluarkan apa-apa modal pon okey. Kalau perlu modal pon, duit transport nak pi ke tempat batu-batu tu je la. Kalau yang mmg ada kat rumah, boleh pijak tiap-tiap hari.

Reflex kaki dengan pijak batu ni, macam kita pi buat reflexology kaki. Bezanya yang ni kita sendiri yang pijak batu. Sakit tau! Tp best sangat sbb lepas tu rasa badan segar dan ringan.

Kalau kita dapat pijak tiap-tiap hari lagi bagus. Sebab kat tapak kaki kita ni ada saraf yang berhubung dengan seluruh sistem dalam badan kita. Kalau kita pijak dan ada tempat-tempat tertentu yang rasa sakit, itu bermakna bahagian tersebut dalam sistem badan kita ada masalah. Bila kita selalu buat rawatan reflex ni, ia akan merangsang saraf di tempat yang bermasalah tu dan inshaALLAH sembuh.

Haaa..nak tahu apa kelebihan reflex kaki ni?
Antaranya:
1) Bantu melancarkan darah. Bila perjalanan darah lancar, oksigen dan nutrisi cukup dibekalkan ke anggota badan. So, badan jadi sihat & cergas.
2) Bantu mengurangkan masalah emosi seperti kemurungan, tekanan sebab reflex ni merangsang pengeluaran hormon endorfin atau kita sebut 'happy hormone'. Hormon ni merangsang kita untuk rasa tenang & gembira.
3) sebagai alternatif rawatan penyembuhan penyakit.
4) Bantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Mencegah itu kan lebih baik dari merawat.

Bawah ni gambar point-point yang berhubung dengan tubuh kita kat tapak kaki. Kita boleh kaitkan tempat yang sakit masa kita pijak dengan point-point ni, automatik boleh tahu tempat yang bermasalah dalam tubuh kita.



Nak tahu tak? Masa saya belajar reflexology dengan Kak Hajar, dia cakap ilmu reflexology ni ada dari China dan Mesir. Firaun dulu tiap-tiap hari buat reflexology tangan dan kaki dari tabib dia, sebab tu dia tak pernah sakit. Cer tengok gambar yang terlukis di piramid. Kan ada gambar orang pegang tangan & kaki. Haaa...tu gambar tabib sedang buat reflexology la. Heeee...tapi apa-apa pon semua dengan izin ALLAH, kita hanya berikhtiar.

Macam saya berikhtiar dengan supplement SHAKLEE, minum susu kambing & habbatussauda' untuk pemakanan saya. Sebab saya tahu...tak semua nutrisi yang saya perlukan, saya dapat melalui pemakanan harian. So, para saintis dah buat kajian bertahun-tahun untuk bantu kita kekal sihat dan cergas. Kita hanya perlu usaha beli & ngap je. Hihi!
Apa yang penting, istiqamah & niat smg ALLAH sembuhkan dan sihatkan kita dengan ikhtiar yang kita buat. Amiiin!

p/s- perempuan mengandung first trimester JANGAN buat reflexology ni ye kerana dalam fasa ni rahim masih belum kuat dan boleh menyebabkan keguguran.

Cheerio!

Salam sihat ceria dari saya,
Balqis Zin
#physioAnda
#SIDshakleeAnda
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

No comments:

Post a Comment