Sunday 28 September 2014

Tips ziarah orang sakit

Tadi sempat dengar & tengok di TV berkaitan tajuk menziarahi pesakit. Di sini sukalah untuk saya berkongsi apa yang saya dengar tadi. Moga bermanfaat.

Hukum menziarahi pesakit adalah sunat mu'akkad yakni sunat yang dituntut.
Kenapa ia dituntut? Kerana:

1) ia dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama kita.
2) menimbulkan rasa keinsafan dalam diri orang yang berziarah.
3) menimbulkan rasa syukur atas nikmat sihat
4) boleh menjadi sebab orang kembali kepada Islam kalau orang yang kita ziarah tu orang bukan Islam.

Tips ketika berziarah:

1) sebaik2nya berada di bhgn kepala pesakit
2) mendoakan pesakit dengan doa dibawah sebanyak 7x & doa itu didengar oleh pesakit.

3) kita nasihati pesakit untuk berdoa byk kali dengan doa dari surah Al-anbiya' ayat 87 seperti di bawah. Ini kerana kita sebagai manusia, tak lepas dari melakukan dosa. InshaALLAH diberi kesembuhan.


Boleh ke baca yasin pada pesakit?
Ye boleh. Mukjizat baca yasin seolah2 kita membaca keseluruhan Al-Quran & surah Yasin adalah hati Quran. Dengan membaca surah Yasin, boleh membantu meringankan kesakitan pesakit.

Jangan sesekali sebut perkara berkaitan kematian pada pesakit dan keluarga pesakit. Sebut perkara2 positif sahaja seperti awak dah nampak ceria la, dah nampak sihat dari sebelum ni, inshaALLAH sembuh...bila pesakit gembira, ia akan jadi terapi terbaik buat dia.

Moga bermanfaat!

P/s-Jom ikhtiar untuk kekal sihat dengan supplement shaklee.
"Mencegah itu lebih baik dari mengubati"

~Rasai…pasti jatuh cinta~

Balqis Zin
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

CEKODOK KURMA LAZIZ JIDDAN!

Assalamu'alaikum wrh wbt semua.
Selamat berhujung minggu. Jaga kesihatan anda dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat ye.

Petang tadi tiba-tiba nak try buat potato fritters. Orang lain da lama cuba, kita baru nak buat. Sekali silaaap daaa. Huk huk!
Dalam resepi takde suruh boh air, ku sesuka hati je tukar resepi pi boh air. Bukan apa, masa dah letak air tu tiba-tiba jadi konfius. Eh, kena letak or tak? Tengok balik resepi takde pulak soh letak. Tapi apakan daya, adunan dah jadi cekodok kentang. Hua hua!
Layan je la...janji boleh masuk perut. Mujur ada ramai adik2 tolong habiskan. Heee...next time la cuba lagi.


Masa saya tengah buat cekodok potato fritters ni, mak pon tengah hiris2 kurma. Rupanya mak nak try buat cekodok kurma. Resepi yang baru mak dapat semalam dengan tukang urut kat lepar. Tukang urut ni kata, resepi ni dari Kedah sebab dia asal Kedah. Badan sedap, resepi pon dapat. Ngeh ngeh ngeh!

Jom kita layan resepi CEKODOK KURMA ni.
By: Mak
Sumber: makcik tukang urut

Bahan2:
*1 mangkuk nasi
*1 biji telur
*1 sudu besar madu
*Secubit garam
*Gula 2 sudu besar (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
*Biskut lemak 10 keping tumbuk
*Kurma cincang/potong kecik2
*Tepung gandum agak2 mcm buat cekodok.

Cara2nyer:
*nasi + telur + air di kisar dengan blender
*kemudian, campor je semua bahan di atas macam kita buat jemput-jemput.
*goreng dalam minyak panas

Hasilnya....tadaaaaaaa...

sedap tau. Kalau yang ada budak-budak di rumah, lagi saya galakkan cuba resepi ni. Budak-budak sangat suka.

Selamat mencuba!

Balqis Zin
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

Saturday 27 September 2014

Hadiah?! Wajib ker?

Alhamdulillah atas rezeki majalah harmoni dari PM Cery & gift tali tap & pen 180 dari master farihah.
Ada lagi satu hadiah dari mak SHAKLEE saya, Kak huda..hadiah gold bar. Semoga Kak Huda diberi kesembuhan & kesihatan yang berpanjangan. Sayang mak.
Terima kasih banyak2 atas ingatan. Moga ALLAH membalasnyer dengan melipat gandakan lagi rezeki kalian. Amiiin!
Dah lama dapat baru nak update..


Cerita pasal hadiah..sape kat sini tak suka dapat hadiah? Kalau orang bagi hadiah kat dia, dia menyampah..buang. Ada ker?! Mungkin ada kot atas faktor tak suka si pemberi. Ohoooi!

Dalam hidup ni, jarang la orang tak suka dapat hadiah...takde kot. Semua mesti excited kalau bab hadiah ni. Kan?! Termasuk la den. Haha...

Kalau ada dua barang yang sama, jenama satu ni ada bg gift untuk setiap pembelian, lagi satu takde. Rasa-rasa ramai pilih yang mana? Mesti ramai amik yang ada gift kan?

Nak tahu tak? Kalau kita bagi orang hadiah, rasa excited dan gembira tu lebih lagi dari kita menerima. Kita gembira..yg menerima pon gembira...kita double gembira.
Kalau kita menerima hadiah, gembira je. Kalau kita yang memberi, saaaangat gembira. Nampak tak bezanyer?!

Apa kelebihan memberi ni?
1) melahirkan rasa syukur di atas rezeki yg dikurniakan dengan saling berkongsi dengan orang lain.
2) merangsang happy hormone dalam diri.
3) ALLAH tambah lagi rezeki kita. Lagi banyak kita memberi..lagi banyak yang kita dapat.
4) ALLAH memudahkan segala urusan kita
5) dapat menyucikan harta & banyak lagi.

Cerita pasal memberi ni...banyak sangat yang ingin saya kongsikan terutama tentang group SHAKLEE saya. Terus terang saya katakan..ini lah group bisness terbaik yang saya dapat. Rugi tau tak join group SHAKLEE kami.
SIHAT dapat...BISNESS pon dapat..


Nantikan sambungan tajuk memberi dalam next entry. InshaALLAH...

Balqis Zin
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

REFLEX KAKI MENYAKITKAN?!

Assalamu'alaikum wrh wbt.

Hari ni dah masuk 2 zulhijjah 1435H. Saya doakan kalian semua dalam nikmat sihat & iman.

Apa aktiviti kita hari ni?
Pagi ni saya ada aktiviti sekolah, program santai untuk para pelajar UPKK di Taman Gelora, Kuantan.

Kat sini ada 'hamparan' batu untuk reflex kaki. Mmg dah lama sangat cari tempat batu2 utk dipijak. Hihi!
Ha..ni la hamparan batu tu, 7x ulang alik tau..sangat sakit, rasa nak menangis..berpeluh-peluh den dibuat nyer. Hasilnya?! Malam ni memang rasa ringan dan sedap sangat badan, rasa happy je tau. Tak caya? Cer la try dulu baru tau :D


Saya sangat la menggalakkan untuk yang mencari rawatan alternatif untuk mencuba rawatan yang FREE ni. Tak perlu keluarkan apa-apa modal pon okey. Kalau perlu modal pon, duit transport nak pi ke tempat batu-batu tu je la. Kalau yang mmg ada kat rumah, boleh pijak tiap-tiap hari.

Reflex kaki dengan pijak batu ni, macam kita pi buat reflexology kaki. Bezanya yang ni kita sendiri yang pijak batu. Sakit tau! Tp best sangat sbb lepas tu rasa badan segar dan ringan.

Kalau kita dapat pijak tiap-tiap hari lagi bagus. Sebab kat tapak kaki kita ni ada saraf yang berhubung dengan seluruh sistem dalam badan kita. Kalau kita pijak dan ada tempat-tempat tertentu yang rasa sakit, itu bermakna bahagian tersebut dalam sistem badan kita ada masalah. Bila kita selalu buat rawatan reflex ni, ia akan merangsang saraf di tempat yang bermasalah tu dan inshaALLAH sembuh.

Haaa..nak tahu apa kelebihan reflex kaki ni?
Antaranya:
1) Bantu melancarkan darah. Bila perjalanan darah lancar, oksigen dan nutrisi cukup dibekalkan ke anggota badan. So, badan jadi sihat & cergas.
2) Bantu mengurangkan masalah emosi seperti kemurungan, tekanan sebab reflex ni merangsang pengeluaran hormon endorfin atau kita sebut 'happy hormone'. Hormon ni merangsang kita untuk rasa tenang & gembira.
3) sebagai alternatif rawatan penyembuhan penyakit.
4) Bantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Mencegah itu kan lebih baik dari merawat.

Bawah ni gambar point-point yang berhubung dengan tubuh kita kat tapak kaki. Kita boleh kaitkan tempat yang sakit masa kita pijak dengan point-point ni, automatik boleh tahu tempat yang bermasalah dalam tubuh kita.



Nak tahu tak? Masa saya belajar reflexology dengan Kak Hajar, dia cakap ilmu reflexology ni ada dari China dan Mesir. Firaun dulu tiap-tiap hari buat reflexology tangan dan kaki dari tabib dia, sebab tu dia tak pernah sakit. Cer tengok gambar yang terlukis di piramid. Kan ada gambar orang pegang tangan & kaki. Haaa...tu gambar tabib sedang buat reflexology la. Heeee...tapi apa-apa pon semua dengan izin ALLAH, kita hanya berikhtiar.

Macam saya berikhtiar dengan supplement SHAKLEE, minum susu kambing & habbatussauda' untuk pemakanan saya. Sebab saya tahu...tak semua nutrisi yang saya perlukan, saya dapat melalui pemakanan harian. So, para saintis dah buat kajian bertahun-tahun untuk bantu kita kekal sihat dan cergas. Kita hanya perlu usaha beli & ngap je. Hihi!
Apa yang penting, istiqamah & niat smg ALLAH sembuhkan dan sihatkan kita dengan ikhtiar yang kita buat. Amiiin!

p/s- perempuan mengandung first trimester JANGAN buat reflexology ni ye kerana dalam fasa ni rahim masih belum kuat dan boleh menyebabkan keguguran.

Cheerio!

Salam sihat ceria dari saya,
Balqis Zin
#physioAnda
#SIDshakleeAnda
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

Friday 26 September 2014

Roti garlic & mushroom soup

Assalamu'alaikum wrh wbt semua :D

Hari ni dah masuk 1 zulhijjah 1435 H. Ada yang berpuasa ke hari ni? Tahniah saya ucapkan pada kalian yang merebut peluang beramal di 10 hari pertama bln zulhijjah.

Pada yang dah berniat untuk melakukan ibadah korban, mulai dari 1-10 zulhijjah, kita digalakkan untuk menahan diri dari memotong kuku dan segala jenis rambut di badan sehingga selesai korban. Ini dapat menggandakan lagi pahala ibadah korban tau.

Okey, hari ni saya nak share resepi roti garlic dan sup cendawan. Ramai yang mintak. Maaf ye lambat post. Saya kena la buat dulu, baru best nak share resepi, iye tak?

Alhamdulillah, petang tadi saya berjaya buat...yeay!
Ni gambar masa Umi buat...

Ni resepinyer... Resepi ni untuk makan beramai-ramai tau. Kalau nak buat untuk makan 2-3 orang je, kena modified sikit kuantiti nyer...heee..

Roti:
-roti perancis potong serong
-butter
-serbuk daun pasley / daun sup (utk nmpk hijau2 je)
-bwg putih diparut

#butter + daun pasley + bawang putih parut digaul sekali.
#sapu pada roti
#roti dibakar dlm oven

Sup cendawan:
-Bwg besar kuning 1biji. Klau besar 1/2 bj.
  Potong dadu kecik2.
-cndawan butang putih cincang halus2
-susu segar 1 kotak
-planta 2 sudu.
-tepung gandum 3 sudu
-serbuk lada hitam sikit
-garam
-tumix 1 sudu besar

#msk planta + bwg + cendawan + tepung gandom + air...kacau
#dah mendidih, + lada hitam tumbuk + tumix + garam
#last baru + susu segar.
#klau cair,tmbh tepung jagong 1 sudu.

Saya buat td guna 1/2 biji bwg kuning tapi saya cadangkan, kurangkan lagi bawang kuning tu. Kalau suku bawang pon dah okey. Sebab kalau byk sangat jadi rasa bawang tu lebih. Jadi tak sedap.

Roti perancis yang saya beli tu pon terlampau rapuh. Tak macam yang Umi beli kat giant senawang. Tp xpe, yang penting tetap sedap. Hihu...puji diri sendiri! Whatever lah!

Tadaaaa....ni lah hasilnyer. Selamat mencuba!

Balqis Zin
#qcute healthy
#qist attire
#0195107657

Thursday 25 September 2014

kerabu mangga @ somtam mangga???!

Assalamu'alaikum semua pembaca...

Beberapa hari ni kurang selera untuk makan nasi. Siang tadi isi perut dengan esp+Eman koko. mujur ada esp..bukan setakat bagi kenyang tapi penuh khasiat & bagus untuk kulit gak tau.
Malam ni belek-belek fb, nampak post Fata pasal menu makan malam dia, kerabu mangga. Sedapnyer...kecur ayaq liuq! Teringat kat dapur ada pelam. Apa lagi..mintak resepi la. La la tu gak pi dapor buat.

Ni resepi yang Fatariah share:
Racik pelam muda, mayang bawang besar, potong cili & daun sup/ketumbar, goreng ikan bilis. Campur semua, perasakan dengan cuka, garam & gula. Siap. Kalo ada kacang goreng kisar boleh tabur.

Terima kasih fata atas resepi yg simple tapi sedap. Tp den buat setakat bahan yang ada je la.

Resepi ku olah setakat bahan yg ada kat dapor:
*sagat pelam muda
*mayang bawang merah
*potong cili api kecik2
*goreng ikan bilis
*cuka apple 1 sudu
*garam agak2
*gula 1/2 sudu
Campor & gaulkan semua...
then, boleh la makan dengan nasi panas2.

Ni lah hasilnyer....tadaaaaaa...tapi ikan bilis terhangus sikit. Hihu!
Husband saya kata, sokmo ngat hangus...spoil kan rasa je. Alahaii abgku!
En.abg saya panggil somtam mangga ni.
Jemput makan...kalau rasa terliuq, cuba la buat. Nanti share hasil kat sini ye.

Balqis Zin
#Qcute healthy
#qist attire

Monday 8 September 2014

HARI FISIOTERAPI 8 SEPT 2014

Selamat hari fisioterapi...8 sept 2014

Khas buat kawan2 fisio yg sentiasa berusaha memberikan rawatan yg terbaik dlm pemulihan pesakit.

Ikhlas kan hati & niat kerana ALLAH...pasti menjadi ibadah yg berpanjangan buatmu..

Ingat lg laungan yg selalu kita laung2 kan dulu....(memori di kampus)...

Who are we?
WE ARE PHYSIO!

I'm physiotherapist,
Balqis
@qcute healthy