Sunday 28 September 2014

Tips ziarah orang sakit

Tadi sempat dengar & tengok di TV berkaitan tajuk menziarahi pesakit. Di sini sukalah untuk saya berkongsi apa yang saya dengar tadi. Moga bermanfaat.

Hukum menziarahi pesakit adalah sunat mu'akkad yakni sunat yang dituntut.
Kenapa ia dituntut? Kerana:

1) ia dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama kita.
2) menimbulkan rasa keinsafan dalam diri orang yang berziarah.
3) menimbulkan rasa syukur atas nikmat sihat
4) boleh menjadi sebab orang kembali kepada Islam kalau orang yang kita ziarah tu orang bukan Islam.

Tips ketika berziarah:

1) sebaik2nya berada di bhgn kepala pesakit
2) mendoakan pesakit dengan doa dibawah sebanyak 7x & doa itu didengar oleh pesakit.

3) kita nasihati pesakit untuk berdoa byk kali dengan doa dari surah Al-anbiya' ayat 87 seperti di bawah. Ini kerana kita sebagai manusia, tak lepas dari melakukan dosa. InshaALLAH diberi kesembuhan.


Boleh ke baca yasin pada pesakit?
Ye boleh. Mukjizat baca yasin seolah2 kita membaca keseluruhan Al-Quran & surah Yasin adalah hati Quran. Dengan membaca surah Yasin, boleh membantu meringankan kesakitan pesakit.

Jangan sesekali sebut perkara berkaitan kematian pada pesakit dan keluarga pesakit. Sebut perkara2 positif sahaja seperti awak dah nampak ceria la, dah nampak sihat dari sebelum ni, inshaALLAH sembuh...bila pesakit gembira, ia akan jadi terapi terbaik buat dia.

Moga bermanfaat!

P/s-Jom ikhtiar untuk kekal sihat dengan supplement shaklee.
"Mencegah itu lebih baik dari mengubati"

~Rasai…pasti jatuh cinta~

Balqis Zin
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

CEKODOK KURMA LAZIZ JIDDAN!

Assalamu'alaikum wrh wbt semua.
Selamat berhujung minggu. Jaga kesihatan anda dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat ye.

Petang tadi tiba-tiba nak try buat potato fritters. Orang lain da lama cuba, kita baru nak buat. Sekali silaaap daaa. Huk huk!
Dalam resepi takde suruh boh air, ku sesuka hati je tukar resepi pi boh air. Bukan apa, masa dah letak air tu tiba-tiba jadi konfius. Eh, kena letak or tak? Tengok balik resepi takde pulak soh letak. Tapi apakan daya, adunan dah jadi cekodok kentang. Hua hua!
Layan je la...janji boleh masuk perut. Mujur ada ramai adik2 tolong habiskan. Heee...next time la cuba lagi.


Masa saya tengah buat cekodok potato fritters ni, mak pon tengah hiris2 kurma. Rupanya mak nak try buat cekodok kurma. Resepi yang baru mak dapat semalam dengan tukang urut kat lepar. Tukang urut ni kata, resepi ni dari Kedah sebab dia asal Kedah. Badan sedap, resepi pon dapat. Ngeh ngeh ngeh!

Jom kita layan resepi CEKODOK KURMA ni.
By: Mak
Sumber: makcik tukang urut

Bahan2:
*1 mangkuk nasi
*1 biji telur
*1 sudu besar madu
*Secubit garam
*Gula 2 sudu besar (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
*Biskut lemak 10 keping tumbuk
*Kurma cincang/potong kecik2
*Tepung gandum agak2 mcm buat cekodok.

Cara2nyer:
*nasi + telur + air di kisar dengan blender
*kemudian, campor je semua bahan di atas macam kita buat jemput-jemput.
*goreng dalam minyak panas

Hasilnya....tadaaaaaaa...

sedap tau. Kalau yang ada budak-budak di rumah, lagi saya galakkan cuba resepi ni. Budak-budak sangat suka.

Selamat mencuba!

Balqis Zin
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

Saturday 27 September 2014

Hadiah?! Wajib ker?

Alhamdulillah atas rezeki majalah harmoni dari PM Cery & gift tali tap & pen 180 dari master farihah.
Ada lagi satu hadiah dari mak SHAKLEE saya, Kak huda..hadiah gold bar. Semoga Kak Huda diberi kesembuhan & kesihatan yang berpanjangan. Sayang mak.
Terima kasih banyak2 atas ingatan. Moga ALLAH membalasnyer dengan melipat gandakan lagi rezeki kalian. Amiiin!
Dah lama dapat baru nak update..


Cerita pasal hadiah..sape kat sini tak suka dapat hadiah? Kalau orang bagi hadiah kat dia, dia menyampah..buang. Ada ker?! Mungkin ada kot atas faktor tak suka si pemberi. Ohoooi!

Dalam hidup ni, jarang la orang tak suka dapat hadiah...takde kot. Semua mesti excited kalau bab hadiah ni. Kan?! Termasuk la den. Haha...

Kalau ada dua barang yang sama, jenama satu ni ada bg gift untuk setiap pembelian, lagi satu takde. Rasa-rasa ramai pilih yang mana? Mesti ramai amik yang ada gift kan?

Nak tahu tak? Kalau kita bagi orang hadiah, rasa excited dan gembira tu lebih lagi dari kita menerima. Kita gembira..yg menerima pon gembira...kita double gembira.
Kalau kita menerima hadiah, gembira je. Kalau kita yang memberi, saaaangat gembira. Nampak tak bezanyer?!

Apa kelebihan memberi ni?
1) melahirkan rasa syukur di atas rezeki yg dikurniakan dengan saling berkongsi dengan orang lain.
2) merangsang happy hormone dalam diri.
3) ALLAH tambah lagi rezeki kita. Lagi banyak kita memberi..lagi banyak yang kita dapat.
4) ALLAH memudahkan segala urusan kita
5) dapat menyucikan harta & banyak lagi.

Cerita pasal memberi ni...banyak sangat yang ingin saya kongsikan terutama tentang group SHAKLEE saya. Terus terang saya katakan..ini lah group bisness terbaik yang saya dapat. Rugi tau tak join group SHAKLEE kami.
SIHAT dapat...BISNESS pon dapat..


Nantikan sambungan tajuk memberi dalam next entry. InshaALLAH...

Balqis Zin
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

REFLEX KAKI MENYAKITKAN?!

Assalamu'alaikum wrh wbt.

Hari ni dah masuk 2 zulhijjah 1435H. Saya doakan kalian semua dalam nikmat sihat & iman.

Apa aktiviti kita hari ni?
Pagi ni saya ada aktiviti sekolah, program santai untuk para pelajar UPKK di Taman Gelora, Kuantan.

Kat sini ada 'hamparan' batu untuk reflex kaki. Mmg dah lama sangat cari tempat batu2 utk dipijak. Hihi!
Ha..ni la hamparan batu tu, 7x ulang alik tau..sangat sakit, rasa nak menangis..berpeluh-peluh den dibuat nyer. Hasilnya?! Malam ni memang rasa ringan dan sedap sangat badan, rasa happy je tau. Tak caya? Cer la try dulu baru tau :D


Saya sangat la menggalakkan untuk yang mencari rawatan alternatif untuk mencuba rawatan yang FREE ni. Tak perlu keluarkan apa-apa modal pon okey. Kalau perlu modal pon, duit transport nak pi ke tempat batu-batu tu je la. Kalau yang mmg ada kat rumah, boleh pijak tiap-tiap hari.

Reflex kaki dengan pijak batu ni, macam kita pi buat reflexology kaki. Bezanya yang ni kita sendiri yang pijak batu. Sakit tau! Tp best sangat sbb lepas tu rasa badan segar dan ringan.

Kalau kita dapat pijak tiap-tiap hari lagi bagus. Sebab kat tapak kaki kita ni ada saraf yang berhubung dengan seluruh sistem dalam badan kita. Kalau kita pijak dan ada tempat-tempat tertentu yang rasa sakit, itu bermakna bahagian tersebut dalam sistem badan kita ada masalah. Bila kita selalu buat rawatan reflex ni, ia akan merangsang saraf di tempat yang bermasalah tu dan inshaALLAH sembuh.

Haaa..nak tahu apa kelebihan reflex kaki ni?
Antaranya:
1) Bantu melancarkan darah. Bila perjalanan darah lancar, oksigen dan nutrisi cukup dibekalkan ke anggota badan. So, badan jadi sihat & cergas.
2) Bantu mengurangkan masalah emosi seperti kemurungan, tekanan sebab reflex ni merangsang pengeluaran hormon endorfin atau kita sebut 'happy hormone'. Hormon ni merangsang kita untuk rasa tenang & gembira.
3) sebagai alternatif rawatan penyembuhan penyakit.
4) Bantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Mencegah itu kan lebih baik dari merawat.

Bawah ni gambar point-point yang berhubung dengan tubuh kita kat tapak kaki. Kita boleh kaitkan tempat yang sakit masa kita pijak dengan point-point ni, automatik boleh tahu tempat yang bermasalah dalam tubuh kita.



Nak tahu tak? Masa saya belajar reflexology dengan Kak Hajar, dia cakap ilmu reflexology ni ada dari China dan Mesir. Firaun dulu tiap-tiap hari buat reflexology tangan dan kaki dari tabib dia, sebab tu dia tak pernah sakit. Cer tengok gambar yang terlukis di piramid. Kan ada gambar orang pegang tangan & kaki. Haaa...tu gambar tabib sedang buat reflexology la. Heeee...tapi apa-apa pon semua dengan izin ALLAH, kita hanya berikhtiar.

Macam saya berikhtiar dengan supplement SHAKLEE, minum susu kambing & habbatussauda' untuk pemakanan saya. Sebab saya tahu...tak semua nutrisi yang saya perlukan, saya dapat melalui pemakanan harian. So, para saintis dah buat kajian bertahun-tahun untuk bantu kita kekal sihat dan cergas. Kita hanya perlu usaha beli & ngap je. Hihi!
Apa yang penting, istiqamah & niat smg ALLAH sembuhkan dan sihatkan kita dengan ikhtiar yang kita buat. Amiiin!

p/s- perempuan mengandung first trimester JANGAN buat reflexology ni ye kerana dalam fasa ni rahim masih belum kuat dan boleh menyebabkan keguguran.

Cheerio!

Salam sihat ceria dari saya,
Balqis Zin
#physioAnda
#SIDshakleeAnda
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

Friday 26 September 2014

Roti garlic & mushroom soup

Assalamu'alaikum wrh wbt semua :D

Hari ni dah masuk 1 zulhijjah 1435 H. Ada yang berpuasa ke hari ni? Tahniah saya ucapkan pada kalian yang merebut peluang beramal di 10 hari pertama bln zulhijjah.

Pada yang dah berniat untuk melakukan ibadah korban, mulai dari 1-10 zulhijjah, kita digalakkan untuk menahan diri dari memotong kuku dan segala jenis rambut di badan sehingga selesai korban. Ini dapat menggandakan lagi pahala ibadah korban tau.

Okey, hari ni saya nak share resepi roti garlic dan sup cendawan. Ramai yang mintak. Maaf ye lambat post. Saya kena la buat dulu, baru best nak share resepi, iye tak?

Alhamdulillah, petang tadi saya berjaya buat...yeay!
Ni gambar masa Umi buat...

Ni resepinyer... Resepi ni untuk makan beramai-ramai tau. Kalau nak buat untuk makan 2-3 orang je, kena modified sikit kuantiti nyer...heee..

Roti:
-roti perancis potong serong
-butter
-serbuk daun pasley / daun sup (utk nmpk hijau2 je)
-bwg putih diparut

#butter + daun pasley + bawang putih parut digaul sekali.
#sapu pada roti
#roti dibakar dlm oven

Sup cendawan:
-Bwg besar kuning 1biji. Klau besar 1/2 bj.
  Potong dadu kecik2.
-cndawan butang putih cincang halus2
-susu segar 1 kotak
-planta 2 sudu.
-tepung gandum 3 sudu
-serbuk lada hitam sikit
-garam
-tumix 1 sudu besar

#msk planta + bwg + cendawan + tepung gandom + air...kacau
#dah mendidih, + lada hitam tumbuk + tumix + garam
#last baru + susu segar.
#klau cair,tmbh tepung jagong 1 sudu.

Saya buat td guna 1/2 biji bwg kuning tapi saya cadangkan, kurangkan lagi bawang kuning tu. Kalau suku bawang pon dah okey. Sebab kalau byk sangat jadi rasa bawang tu lebih. Jadi tak sedap.

Roti perancis yang saya beli tu pon terlampau rapuh. Tak macam yang Umi beli kat giant senawang. Tp xpe, yang penting tetap sedap. Hihu...puji diri sendiri! Whatever lah!

Tadaaaa....ni lah hasilnyer. Selamat mencuba!

Balqis Zin
#qcute healthy
#qist attire
#0195107657

Thursday 25 September 2014

kerabu mangga @ somtam mangga???!

Assalamu'alaikum semua pembaca...

Beberapa hari ni kurang selera untuk makan nasi. Siang tadi isi perut dengan esp+Eman koko. mujur ada esp..bukan setakat bagi kenyang tapi penuh khasiat & bagus untuk kulit gak tau.
Malam ni belek-belek fb, nampak post Fata pasal menu makan malam dia, kerabu mangga. Sedapnyer...kecur ayaq liuq! Teringat kat dapur ada pelam. Apa lagi..mintak resepi la. La la tu gak pi dapor buat.

Ni resepi yang Fatariah share:
Racik pelam muda, mayang bawang besar, potong cili & daun sup/ketumbar, goreng ikan bilis. Campur semua, perasakan dengan cuka, garam & gula. Siap. Kalo ada kacang goreng kisar boleh tabur.

Terima kasih fata atas resepi yg simple tapi sedap. Tp den buat setakat bahan yang ada je la.

Resepi ku olah setakat bahan yg ada kat dapor:
*sagat pelam muda
*mayang bawang merah
*potong cili api kecik2
*goreng ikan bilis
*cuka apple 1 sudu
*garam agak2
*gula 1/2 sudu
Campor & gaulkan semua...
then, boleh la makan dengan nasi panas2.

Ni lah hasilnyer....tadaaaaaa...tapi ikan bilis terhangus sikit. Hihu!
Husband saya kata, sokmo ngat hangus...spoil kan rasa je. Alahaii abgku!
En.abg saya panggil somtam mangga ni.
Jemput makan...kalau rasa terliuq, cuba la buat. Nanti share hasil kat sini ye.

Balqis Zin
#Qcute healthy
#qist attire

Monday 8 September 2014

HARI FISIOTERAPI 8 SEPT 2014

Selamat hari fisioterapi...8 sept 2014

Khas buat kawan2 fisio yg sentiasa berusaha memberikan rawatan yg terbaik dlm pemulihan pesakit.

Ikhlas kan hati & niat kerana ALLAH...pasti menjadi ibadah yg berpanjangan buatmu..

Ingat lg laungan yg selalu kita laung2 kan dulu....(memori di kampus)...

Who are we?
WE ARE PHYSIO!

I'm physiotherapist,
Balqis
@qcute healthy



Friday 29 August 2014

SUAMIKU YANG GAGAH..

Siapa tak sayang suami, iye tak?

Awal2 kawen dulu, saya tak kenal lagi shaklee. Saya mula kenal masa nak cuba produk untuk hamil sbg ikhtiar saya. Ni bukan nak citer pasal saya tapi husband saya.

Husband saya selalu sakit belakang terutama bahagian pinggang & kalau dia tersilap urat..dia mudah demam ketar. mula sakit belakang kesan dari kemalangan yang meragut nyawa seorang kawan baiknya.

Okey kita sambung balik...demam ketar yg menyerang bagi saya agak menakutkan. Sebab kesejukan yang dia rasai mcm teramat sangat. Angin sikit pon tak boleh walaupon sekadar angin dari gerakan tangan saya. Memang selubung dalam selimut la. Bayangkan masa tu kita punya la panas, dia blh sejuk teramat.

Demam ketar dia agak kerap juga. Mungkin atas faktor dia byk buat kerja berat...tebang pokok, buat pagar lembu, jaga lembu....

So, saya cuba ikhtiar dengan NUTRIFERON...
amik sekali 2 sachet setiap kali pengambilan

Alhamdulillah...sekarang saya bersyukur sangat-sangat, ALLAH izinkan husband saya sihat dengan ikhtiar NUTRIFERON. Mmg jarang dah demam ketar..eh mcm xde dah. Mcm nak demam ada la. Klau dia kata nak demam, cepat2 saya suruh amik NUTRIFERON 2 sachet.

NUTRIFERON mmg sentiasa ada dlm handbag saya. Klau nak travel ke...dia kena amik NUTRIFERON 2 sachet dulu.

TQ ALLAH...ikhtiar lah untuk sembuh.

#shakleeeffect
#s2uFamilies
#s2united







Tuesday 26 August 2014

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum & slmt mlm :D

Lama da tak update. La ni laptop masuk ward. Lama betol kena tahan kat ward. Ada la dekat 2 bulan. Geram dengan 'doktor' yg merawat laptop tu. Janji 3 hari da blh siap, la ni da makan bulan. En.abe dpt no contact 'doktor' ni dlm mudah. ikutkan rasa geram je...istigfar..istigfar..

Nak kena telan b complex 2 biji ni, bior kuor 'happy' hormon bg suppress stress sikit...ngee..

Saje test ber blogging guna hp. Laptop dah xde,kena gak belajar guna hp.

#jgn jadikan masalah itu alasan utk berjaya. Cewah!
#learning process to be a good leader. InshaALLAH!

Balqis
*shaklee lover
*vco lover
*mknn sunnah lover
*I likes susu kambing

Sunday 9 March 2014

Misteri MH370

Bismillah 
Assalamu'alaikum wrh wbt 

Hari ni dah masuk hari ke 3 kehilangan MH370. Tapi masih tiada berita terbaru diterima. Semua menunggu2 perkembangan terkini MH370. Berbagai-bagai spekulasi yang dibuat oleh orang ramai atas misteri kehilangan MH370.

Walau apa pon yang berlaku, jom kita kembali semula pada pencipta kita.

Perkongsian dari sahabat di group whatsapp:

" Td MHI ada jemput pakar yang berpengalaman dlm 3 nahas sblm ni. Bukan dia yang terlibat tp dia yang buat research...

Dia kata, mengikut pengalaman dia yang lepas..secanggih mana pon alatan manusia ni, kena ingat ada yang lebih berkuasa. mungkin tak dapat dikesan pesawat kerana ALLAH hijab. So kita kena meminta padaNYA dan berdoa padaNYA mg dibuka hijab.

Iktibar buat semua pihak. Berdoa dan terus berdoa...InshaALLAH ada doa2 dari kita yang ikhlas ni, ALLAH akan makbulkan"

Balqis
Qcute Healthy
Sahabat SHAKLEE anda




Wednesday 5 March 2014

ESP memang kegilaan ramai!

Umi saya memang tersangat suka la dengan ESP ni. 
Iye lah, bila da semakin berusia ni, selera makin kurang tapi berat badan macam makin naik, jeragat makin banyak...nak2 ada sejarah family kencing manis.

Cara mudah...bancuh & minum je la ESP ni. Apa yang dapat?!

1) dapat elakkan dari pedih perut & gastrik sbb esp memberi rasa kenyang, protein kan

2) dapat berat badan ideal sbb bila kita tidak membiarkan perut kosong, badan akan bekerja seperti biasa. Kalau kita tak makan laaaagi menyebabkan metabolisma badan rendah, lagi lambat la badan nak proses.
So, utk yang nak slim tu, jangan tahan lapar tapi pilih menu yang betul dengan kuantiti yang betul.

3) jeragat makin berkurang. dapat bonus kulit makin cantik lagi.

4) badan sentiasa rasa segar & bertenaga

5) soya non-gmo, orang yang memang ada kencing manis pon boleh minum tau.

6) Banyaaaak lagi khasiatnya.

Jom order sekarang sebelum out of stok. menyesal kang...

p/s - Jom beli 6 free 1...boleh dpt free membership + free postage + save rm + dapat tambahan bonus lagi + free consultasi & coaching. RUGI tau x grab!

Balqis
0195107657
Qcute Healthy



Wednesday 12 February 2014

FIBROID?! BAHAYA KER?!

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. 

Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti:

~menghimpit pundit kencing, 
~mengalami haid yang banyak, 
~sakit samasa haid
~sakit semasa bersama dan sebagainya. 

Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.



SIMPTOM?!
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:

~Sakit semasa haid (senggugut)
~Sakit belakang
~Haid yang banyak
~Sembelit
~Kencing kerap
~Keguguran yang kerap
~Sukar mengandung
~kadang-kadang boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.


BAGAIMANA FIBROID NI BOLEH TERJADI?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi.

Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid.

Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya



BAGAIMANA FIBROID DAPAT DIKESAN?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala.

Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut.

Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.



BAGAIMANA FIBROID INI DIRAWAT?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:

~Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
~Berapa cepat fibroid tersebut membesar
~Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopause
~Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung.



Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan:

1) myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor.



2) hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.



Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun.
Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.


MACAMANA UNTUK MENGHINDAR DARI PENYAKIT FIBROID INI?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.

Saya mencadangkan untuk yang menghidapi fibroid berikhtiar dengan GLA COMPLEX sebagai produk utama dan vitamin C & E sebagai sokongan.


Selain itu saya ingin mengajak anda..

Ayuh kita amalkan terapi Asmaul Husna untuk rawatan. Amalan setiap hari selama sekurang-kurangnya sebulan. Zikir ini dibaca sebanyak 40x diringi dengan bicara hati.


Selamat beramal :D


Balqis 
0195107657
Qcute Healthy 
Geng SHAKLEE anda

Saturday 25 January 2014

simptom2 stroke?!

Antara simptom2 stroke yang perlu anda tahu supaya boleh ambil tindakan segera...


Stroke & Shaklee?!

Tahukah anda?!

Stroke aka angin ahmar adalah sejenis penyakit yang ada potensi untuk sembuh semula. Ia bergantung pada cara penjagaan yang betul juga komitmen serta kesungguhan yang diberi oleh pesakit dan juga ahli keluarga. 

Kalau pesakit je bersungguh nak baik tapi takde support dari family or penjaga, tak membantu untuk sembuh. begitulah juga sebaliknya.

pesakit & family/penjaga dua-dua kena saling bekerjasama dan bantu membantu, depa perlu bertindak sebagai satu pasukan, saling lengkap melengkapi. barulah membantu proses pemulihan yang cepat.

Penjagaan pertama sangat penting untuk pesakit stroke.
Ramai yang tidak tahu apabila pesakit stroke mendapat penjagaan dan rawatan yang berterusan dan disertakan dengan semangat yang tinggi mereka boleh sembuh serta menjalani hidup yang normal seperti sedia kala.

Ikuti sedikit info dari Majalah iSIHAT keluaran Februari 2012 untuk pengetahuan bersama.



Antara produk Shaklee yang dicadangkan untuk mencegah stroke ialah OMEGA GUARD.

Kenapa Omega Guard? 

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk:
~mencegah masalah pembuluh darah
~mengurangkan kolestrol dan
~mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah.

Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronori.


Kita usaha yang terbaik, selebihnya Allah yang tentukan.


Bagi yang tak boleh telan kapsul dan mempunyai bajet yang lebih, saya cadangkan ambil Vivix. Vivix merupakan sirap tonik Shaklee dan merupakan minuman botanikal 1001 rahsia.

mekanisma utama Vivix ialah:

• Melindungi dan membaiki kerosakan DNA
• Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
• Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
• Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)

Kita usaha yang terbaik, selebihnya Allah yang tentukan..
Vivix bukan je untuk stroke tapi sesuai untuk semua terutama penyakit-penyakit kronik. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best!


Jom ikhtiar dengan supplement SHAKLEE!

Apa-apa penyakit pun, tak salah kita berusaha untuk merawat dan mencegah kan. Tapi kita kena ingat semuanya bergantung kepada Allah swt yang menyembuhkan.

Jangan lupa untuk berdoa dan memohon kepada-Nya 

p/s~ jom sapa2 nak join dgn free membership SHAKLEE. blh pm/wa saya 

Balqis
geng SHAKLEE anda

STRESS PUNCA PELBAGAI PENYAKIT?!


Hari tu ada citer yang stress pon boleh jadi punca pelbagai penyakit termasuk la stroke ni..
Sebut tentang stress, ada banyak cara untuk kawal stress. Antaranya: 
~senyum sentiasa
~Hitung nikmat yang kamu ada
~hitung kesyukuran 
~berhenti dari risau terlampau..

Tambahan dari kata-kata ebit lew yang saya petik...
"kembali pada Allah rupanya jalan terbaik membuat kita tenang dan kerja dengan lebih baik kerana IKHLAS atau niat kerana Allah..
Lihat akhirat membuat kita lebih jujur dan cemerlang..
Jom mula JAGA SOLAT AWAL WAKTU"

dan kalau nak amalkan suplemen..saya cadangkan amalkan 1biji B Complex sehari


Balqis 
Qcute Healthy
geng SHAKLEE anda

Bahaya stroke aka angin ahmar!

Stroke atau dalam istilah kita angin ahmar. Masa praktikal kat hospital dulu, pesakit stroke ni paling ramai ada kat department physio. Tak pernah berkurang..sentiasa ramai.

Kita ni sokmo sebut stroke, angin ahmar..tau ker stroke tu apa? Gane leh jadi? Siapa yang berisiko dapat?stroke ni maksudnya tiba tiba.. atau dalam istilah perubatan stroke bermaksud kematian mengejut.

Dalam erti kata lain strok adalah serangan otak yg timbul mendadak akibat pembuluh darah otak pecah atau tersumbat. 


Stroke ni terbahagi kepada dua:
-ischemic stroke aka pembuluh darah tersumbat
-hemorrhagic stroke aka pembuluh darah pecah 


Kebiasaannya yang ramai kena adalah ischemic stroke, iaitu pembuluh darah tersumbat. Biasanya kategori stroke ni orang tua yang kena. Bak kata lecturer saya dulu, asalnyer depa dah bawa daripada muda lagi. Macam yang ada tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, diabetis...bila semakin tua, fungsi badan semakin menurun, mudahlah nak kena.

Stroke hemorrhagic aka pembuluh darah pecah pula kebiasaannyer orang muda yang dapat. Haaa? Jangan ingat stroke orang tua je ye. Kebiasaannyer juga orang yang diserang pembuluh darah pecah ni akan menyebabkan kematian.


 Antara punca adalah tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, gangguan jantung, diabetes. Ada kawan saya yang belajar perubatan islam kata, stroke ni puncanyer dari makhluk halus. semua tu tak mustahil kan?!

Faktor lain adalah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, fastfood, kurang senaman, obesiti. Stress yang kronik juga punca terjadinya strok.

Stress?! waa..stress pon boleh menyebabkan stroke tau. bkn stroke je, mcm2 penyakit blh dapat kalau stress je memanjang. huhu!

Dalam keadaan dunia skrg, rasanyer memang kita tak boleh nak elak dari stress ni semua.. dah nama pun kehidupan. nak tak nak, kita kena hadapi... bezanyer, bagaimana kita hadapi stress tersebut?



Antara langkah yang boleh diambil untuk hindarkan diri dari strok adalah:
~hentikan merokok
~periksa tekanan darah anda 
~semak kesihatan jantung anda
~semak gaya hidup dan pemakanan harian
~hindari makan daging merah terlalu banyak
~banyakkan makanan berserat
~kurangkan garam dalam makanan harian 
~kurangkan fastfood 
~aktif bersenam
~atasi dan kawal stress harian anda


bersambung....

Teknik nabi dalam berbisness?!

Alhamdulillah baru-baru ni ada kawan share dalam group SHAKLEE (group rahsia kami) untuk guna teknik nabi dari ustazah Siti Khadijah dalam berbisnes. Hebat x teknik nabi ni?! Tak kira siapa sasaran nyer, tetap boleh diguna pakai. Antara tekniknya:
  •  guna teknik nabi untuk bonding. Mula-mula bina dan eratkan ukhuwah dulu.
  • Kalau nak suruh mereka (downline) buat apa-apa, jangan guna ayat arahan. Kita buat macam nabi, nabi kalau nak suruh sahabat buat, baginda kata…JOM….AYUH…MAHUKAH KAMU...
Cth: Jom kita semua study pasal Alfalfa (sempena promo alfalfa bulan ni)
Jom kita sama-sama cari apa khasiat dan kesan kekurangannyer
  • Letak ayat ganjaran sebab sifat manusia secara semulajadi sukakan penghargaan
Semoga apa yang di kongsikan akan dilipatgandakan rezeki dan pahala yang berpanjangan.

Dengan cara ini inshaALLAH blh bantu naikkan self esteem mereka.


Nabi tak cari salah seseorang tu tapi nabi bagi cara penyelesaian..

Dengan teknik pujian gaya nabi, ada 3 kaedah:
1) cari kebaikan
2) puji kebaikan tersebut
3) sebutkan impaknyer

Boleh guna tau kaedah ni bukan hanya pada pelajar tapi pada individu-individu yang ada sikap negatif atau melakukan kesalahan supaya mereka mengubah sikap dan tidak mengulangi kesalahan mereka. 

Waaaa...gane lagi cara nak ngajo budak-budak ni! Tolooong! TEKNIK DIDIKAN NABI?!

Bismillah

Hari ni saya nak share pasal pendidikan anak-anak. Tak kira lah kita ni cikgu ker, ibu ker, bos ker, peniaga ker…secara langsung atau tidak langsung kita sebenarnyer dikelilingi dengan kaedah interaksi yang berbeza mengikut kefahaman, pendidikan dan tahap emosi kita.

Saya tak nak la citer pasal orang lain sebab ini lebih banyak merujuk pada diri saya sendiri dan pengetahuan buat yang lain.

Saya sebagai seorang pendidik, mengakui yang saya selalu sangat menggunakan kaedah konvensional dalam usaha untuk memperbaiki sikap dan tingkah laku pelajar. Kadang-kadang tu nak bagi semangat supaya mereka berubah untuk lebih rajin belajar tapi macam takde kesan pon. Sama jer….frust la jugak. Hahahah!

Apa teknik konvensional yang saya guna tu? Hehe…apa lagi kalau bukan,
  • Marah
  • Berleter
  • Ugut…biasanyer saya ugut tak bagi balik selagi kerja tak siap
  • Denda ni biasa saya buat soh berdiri, kutip sampah
  • Menghukum..yang ni biasa saya rotan atau cubit tp terus terang saya cakap, mmg takde effect langsung kat depa. Main-main lagi ada la. Cikgu yang pening & sakit hati
  •  Bagi hadiah…yang ni pon biasa saya buat. Siap jahit sendiri lagi tau. Semata-mata nak bagi semangat kat depa ni.

Tapi, semua yang saya buat tu takde kesan kat depa. Pening gak fikir gane nak attract depa.

**Ni antara hadiah yang saya jahit sendiri..hihi..pencil box dari kain felt.


Saya sebenarnyer dalam usaha mengaplikasikan teknik didikan nabi ni pada anak-anak murid saya yang agak lemah di kelas. walaupon agak mencabar tapi perlu juga diusahakan.

Hari ni baru seminggu saya aplikasikan teknik tersebut walaupon tadi hampir terguna cara tradisi lama iaitu marah, alhamdulillah ku ingatkan diri utk bersabar. huhu!

Anak-anak ni jadi lambat, malas buat kerja dan tak tumpu perhatian dalam kelas sebab dia tak rasa seronok nak belajar. Macam mana nak seronok kan kalau dia tak pandai nak baca jawi, tengok kerja tu pon tak paham apa nak buat.


Tahu tak, dengan teknik pujian gaya nabi ni, ada 3 kaedah utama:
1) cari kebaikan
2) puji kebaikan tersebut
3) sebutkan impaknyer

Ni saya share dari blog Ustazah Siti Khadijah:

Pada asasnya, teknik-teknik Nabi Muhammad s.a.w itu sangat efektif bagi mencapai dua matlamat dalam mendorong perubahan sikap dan tingkah laku, yakni:

1. Mendorong seseorang itu mengekalkan sikap dan tingkah lakunya yang sudah baik dan betul.

2. Mendorong seseorang itu meningkat dan memperbaiki lagi tingkah laku yang baik supaya bertambah-tambah baik.

3. Mendorong seseorang itu mengubah tingkah lakunya yang buruk dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.

Bestkan…Jom kita semua usaha amalkan! Allah tidah menilai pada hasil tapi ALLAH tengok pada istiqamahnyer kita dalam usaha berubah kearah kebaikan.

Semoga kita semua mampu menjaga amanah ALLAH yang berharga ini dengan sebaik-baiknya. ANAK adalah amanah yang paling terbesar! 

Sollu ‘ala nabiyy…rindunya kami pada mu YA RASULULLAH!