Sunday 28 September 2014

Tips ziarah orang sakit

Tadi sempat dengar & tengok di TV berkaitan tajuk menziarahi pesakit. Di sini sukalah untuk saya berkongsi apa yang saya dengar tadi. Moga bermanfaat.

Hukum menziarahi pesakit adalah sunat mu'akkad yakni sunat yang dituntut.
Kenapa ia dituntut? Kerana:

1) ia dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama kita.
2) menimbulkan rasa keinsafan dalam diri orang yang berziarah.
3) menimbulkan rasa syukur atas nikmat sihat
4) boleh menjadi sebab orang kembali kepada Islam kalau orang yang kita ziarah tu orang bukan Islam.

Tips ketika berziarah:

1) sebaik2nya berada di bhgn kepala pesakit
2) mendoakan pesakit dengan doa dibawah sebanyak 7x & doa itu didengar oleh pesakit.

3) kita nasihati pesakit untuk berdoa byk kali dengan doa dari surah Al-anbiya' ayat 87 seperti di bawah. Ini kerana kita sebagai manusia, tak lepas dari melakukan dosa. InshaALLAH diberi kesembuhan.


Boleh ke baca yasin pada pesakit?
Ye boleh. Mukjizat baca yasin seolah2 kita membaca keseluruhan Al-Quran & surah Yasin adalah hati Quran. Dengan membaca surah Yasin, boleh membantu meringankan kesakitan pesakit.

Jangan sesekali sebut perkara berkaitan kematian pada pesakit dan keluarga pesakit. Sebut perkara2 positif sahaja seperti awak dah nampak ceria la, dah nampak sihat dari sebelum ni, inshaALLAH sembuh...bila pesakit gembira, ia akan jadi terapi terbaik buat dia.

Moga bermanfaat!

P/s-Jom ikhtiar untuk kekal sihat dengan supplement shaklee.
"Mencegah itu lebih baik dari mengubati"

~Rasai…pasti jatuh cinta~

Balqis Zin
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

No comments:

Post a Comment