Wednesday 8 January 2014

Tips Atasi Anak Meragam ke Sekolah

Assalamu’alaikum wrh wbt.

Alhamdulillah hari ni saya berpeluang menonton rancangan Assalamu’alaikum di TV al hijrah. Di sini saya ingin berkongsi tips-tips yang telah diberi oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki  dalam menangani situasi anak-anak meragam untuk ke sekolah.

Saya pasti dan percaya ramai ibu bapa di luar sana yang mengalami pelbagai ragam anak-anak ke sekolah.
Hari ni merupakan hari ke 6 anak-anak kita bersekolah untuk tahun 2014. Hari ini juga bersamaan 7 rabi’ul awal 1435 H. Tahukah kita tarikh 8 rabi’ul awal merupakan tarikh permulaan penghijrahan nabi dari Mekah ke Madinah dan pada tarikh itu, nabi menjejakkan kaki ke Quba.

Pada tanggal 12 rabiulawal pula, akhirnya, nabi berjaya menjejakkan kaki ke Madinah. Tanggal 12 rabi’ulawal juga merupakan tarikh kelahiran nabi yang kita sambut setiap tahun (Maulidur Rasul).

Okey, jom kita kembali ke tujuan utama. Ada 10 tips untuk ibu bapa dalam menangani anak-anak meragam ke sekolah.

Tips:

1) Tidur awal

ü  Pastikan anak tidur awal. Kalau nak anak tidak meragam pagi sebelum ke sekolah, mulakan dari malam hari. Ajak anak tidur awal. Lepas solat isya’ tu, ajak anak untuk tidur. Kalau anak tu tak nak tidur sebab nak main game, kita kena cakap kalau nak main sambung esok sebelum subuh. Limit kan masa 15 minit je.

ü  Ingat bukan kita suruh je anak tidur tapi kita tak tidur. Kita kena sama-sama baring sekali dengan anak. Sambil tu, kita bercerita pada anak. Pastikan setiap penceritaan kita tu ada kaitan dengan sekolah. Tak kisah la nak cerita binatang ke..cth, burung pon pi sekolah, ziraffah pon pi sekolah. Lebih baik selitkan sekali dengan kisah2 para sahabat.

ü  Ketika anak hampir nak melelapkan mata, ketika itu minda luar sedarnyer mudah menerima segala nasihat dan pengetahuan. Ketika itu kita boleh masukkan idea2 yang baik. Cthnyer: nama anak Adam. So, kita ckp pada anak, Adam jadi anak yang soleh ye. Adam pergi sekolah jadi anak yang pintar ye. Esok pagi bangun Adam senyum ye sampai ke sekolah ye. Kalau apa yang kita cakap tu dia angguk, lagi bagus. Bermakna dia dengar & sera papa yang kita cakap.

ü  Biasanya kita kejut anak bangun pagi untuk siap ke sekolah. Sepatutnya kita kejut anak bangun pagi untuk bangun solat subuh.

2) konsisten/istiqamah

ü  Ibubapa perlu konsisten menghantar anak ke sekolah walaupun anak itu menangis, kita tetap hantar. Jangan tunjukkan kesedihan anak di wajah kita juga. Ibu bapa perlu senyum, sorokkan rasa kesedihan anda. Bagi semangat pada anak dengan senyumanmu.

ü  Ustazah Isfadiah punya anak pon sorg sampai 3 bln masih menangis lagi setiap kali pergi sekolah. Sorang lagi 6 bln tp ustazah tetap konsisten hantar anak ke sekolah. Itu menunjukkan anak-anak itu manja.

3) Kaitkan dengan sekeliling

ü  Cth: tengok..burung2 pon bangun pagi nak pi sekolah. Tengok…kakak2, abang2 pon pergi sekolah.

4) Cerita pengalaman sendiri

ü  Cerita pengalaman kita masa kecik2 zaman persekolahan dulu. Walaupon ada cabaran, bagaimana kita atasi cabaran tersebut masa dulu.

5) Tolong anak cari kawan di sekolah

ü  Kita sebagai ibubapa tolong cari kawan untuk anak di sekolah. Sebab anak ni rasa takut pertama kali berpisah dengan ibu ayah, dengan persekitaran yang baru, bergaul dengan orang2 yang baru.

ü  Cth: nama adik ni siapa? Oooo Danial. Ni anak acik nama Adam. Nanti Danial kawan sama2 dengan Adam ye. Kenalkan anak dgn cikgu.

6) Emosi yang teguh

ü  Kita sebagai ibubapa perlu ada emosi yang teguh supaya anak-anak boleh menjadi kan kita sebagai teladan buat mereka.

7) Jangan ditunggu atau di intai2 anak ini selepas dihantar ke sekolah.

ü  Lepas hantar kena bagi tau anak yang kita kena beredar.

ü  Jangan sesekali tipu anak, suruh anak ikut cikgu dan kata kita tunggu kat situ. Sekali anak pusing kita takde. Kita menyebabkan anak itu merasakan dirinya ditipu & tidak percaya lagi pada kita.

8) Hargai

ü  Bagi penghargaan pada anak.

ü  Cth: bila dia balik sekolah tu, peluk, cium dia, senyum, bagi pujian pada anak, masak makanan kegemaran anak…so, anak tau kita concern dengan dia.

ü  Kita pon seronokkan kalau orang hargai kita. Tak semestinya dengan harta benda. Dengan kata2 pon boleh dirasai kita dihargai.

9) Taha

ü  Amalkan surah Taha ayat 1-5 sebagai doa dihembus pada ubun2 anak

ü  Surah Taha ni kita jadikan sebagai panggilan/tarikan/magnet cinta untuk belajar buat anak.
**nanti pada post yang akan datang, saya akan ceritakan tentang surah Taha 1-5, menarik tau.

10) Ceriakan suasana

ü  Sediakan semua kelengkapan anak di malam hari agar esok nyer tidak kelam kabut & dlm suasana yang aman damai.

Dalam slot ni, ada panggilan telifon menceritakan anaknya tak nak pi sekolah sebab kawan-kawan ejek kulit gelap. Macam mana cara nak atasi anak yang di ejek kulit gelap? Ahaaaa…tunggu entry saya yang berikutnye. Sangat menarik & teruja kisahnyer. Nak tahu?!  Sentiasalah jalan2 dalam blog saya ni J


Sayang ke sekolah…sayang belajar kerana ALLAH…sayang semua.

No comments:

Post a Comment