Friday 26 July 2013

SAKIT SENDI TANGAN?....HURM...GANE CARA NAK ATASI?..........

Assalamu'alaikum wrh wbt.

Sapa pernah rasa sakit kat sendi-sendi tangan? or pernah dapat trigger finger?




Saya pernah merasainyer satu ketika dulu. Masa belajar dan praktikal dulu, kita rawat dan ajar pesakit yang mengalami masalah trigger finger dan arthritis ni. Tapi, bila sendiri kena, baru tahu gane rasanye, rasa sakit dan tidak selesa pada sendi-sendi tangan. bermula dari bangun tidur, terus rasa sakit pada sendi-sendi tangan. jari tengah tangan kanan pulak, trigger finger n ada nodule kat pangkal jari.

Disebabkan saya physiotherapist, saya tahu apa yang perlu saya lakukan. sekarang alhamdulillah sihat daa begitu berharganya nikmat sihat tu tau.

So, saya nak share la kat sini pada kawan-kawan, kakak abg, adik2, pakcik or makcik yang mungkin tak tahu bagaimana cara untuk menghadapi kesakitan ni.

1) klau sakit sangat, rendamkan tangan dlm air suam. Tujuan rendam tu untuk kurangkan rasa sakit dan bantu peredaran darah agar lebih lancar.

2) sambil rendam tu, buat pergerakan pada jari-jari seperti genggam - buka, jarakkan jari - rapatkan jari, semua pergerakan la yang jari blh buat (nanti sy attachkan gambar ye). kalau ada bola lembut or sponge, boleh buat senaman genggam-buka dgn bola or sponge tu.

3) rajin2 urut jari-jari tangan. kalau trigger finger yg ada nodule blh urut tekan pada nodule tu. urut ni boleh buat sendiri ye (saya buat sendiri je...). TAPI kalau ada org yang boleh tlg urutkan, lagi best. haha! (kalau ada la ye)

4) Senaman, haaaa ni part yang paling penting TAPI paling ramai orang tak suka buat. Senaman regangan dan kekuatan ni la yang akan membantu mengurangkan rasa sakit n ke arah kesembuhan, InshaALLAH. 


Ada banyak cara senaman tangan:
# boleh buat secara pergerakan aktif
# boleh menggunakan bola lembut or bola elastik or sponge
# boleh guna putty or plasticine
(ikut la kreativiti kalau taknak bagi boring)



Sunday 21 July 2013

OBESITY? OH NOOO...

Semua orang pasti tak suka lemak berlebihan dalam badan yang menyebabkan berat badan mereka bertambah. Bukan lemak je bermaharajalela dalam badan, penyakit pun satu persatu mula nak menyinggah. 

So, apa yang harus kita lakukan?

Tips untuk berat badan ideal sepanjang ramadhan:

orang yang obesity nak transform ke berat badan ideal, perlu juga transform diet pemakanan hariannya. selain itu ia perlu mempunyai 5 asas pengetahuan:

1) ilmu @ theory - sbb apa berat badan dia bertambah, cari punca
2) teknik - kaedah yang betul untuk kurus
3) diet pemakanan - kalori input n output
4) komitmen - dilakukan secara berterusan or istiqamah
5) kesungguhan - bersungguh2

Selain 5 asas di atas, senaman jangan kita lupakan. sbb apa kita perlu bersenam? boleh la baca entry yang saya telah postkan sebelum ini ye.

Cara mudah untuk kita mulakan senaman tanpa alasan:
1) Kalau kita bekerja di pejabat di tingkat atas or hospital, kita boleh mulakan dengan senaman naik tangga.
~~Hari pertama hingga seminggu naik tangga dari ground floor - first floor
~~minggu kedua, kita progress dari ground floor - second floor
~~minggu ketiga, up lagi dari ground floor-third floor....n begitulah seterusnya.

2) Kalau yang kerja memang dah kat ground floor, boleh parking kereta jauh sikit. then boleh mulakan senaman dengan berjalan dari kereta - pejabat. (p/s untuk wanita, kalau bekerja waktu malam, jangan la pulak parking jauh-jauh ye, safety first)

3) Boleh gak buat senaman sebelum tidur dan selepas bangun tidur or sambil tgk tv.

Mudahkan? Nak mulakan sesuatu yang bukan tabiat kita mmg susah tapi lama-lama ia akan jadi satu kebiasaan 'luar sedar' 

Jom dapatkan SET KURUS SHAKLEE dengan BAJET ANDA dan KONSULTASI PERCUMA dari saya 

pm or sms
balqis 0195107657



Sunday 14 July 2013

Bertaut kembali selepas lama menyepi

Assalamu'alaikum wrh wbt.

Alhamdulillah hingga saat ini masih diberi peluang bernafas di muka bumi ALLAH ini dan dalam usaha memperbaiki ibadah dan ketaatan kepada perintahNYA.

Di bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini, mg kita sama2 dapat memperbaiki diri dan memperbanyakkan lagi amalan kebaikan, ibadah dan sedekah kita.

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya diriku bertaut kembali dengan dunia blog ini. Jenuh gak mengodak godek sebab dah terlupa password. Akhirnya dengan berkat kesabaran, berjaya juga ku menembusi blog ni. kalau tak berjaya, mesti post ni tak terwujud di kala ni. huhoha!

Tujuan blog ni diwujudkan adalah untuk berkongsi maklumat tentang 'ilmu physiotherapy' dan natural supplement product, Shaklee.

Selamat membaca dan berkongsi maklumat!