Sunday 28 September 2014

CEKODOK KURMA LAZIZ JIDDAN!

Assalamu'alaikum wrh wbt semua.
Selamat berhujung minggu. Jaga kesihatan anda dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat ye.

Petang tadi tiba-tiba nak try buat potato fritters. Orang lain da lama cuba, kita baru nak buat. Sekali silaaap daaa. Huk huk!
Dalam resepi takde suruh boh air, ku sesuka hati je tukar resepi pi boh air. Bukan apa, masa dah letak air tu tiba-tiba jadi konfius. Eh, kena letak or tak? Tengok balik resepi takde pulak soh letak. Tapi apakan daya, adunan dah jadi cekodok kentang. Hua hua!
Layan je la...janji boleh masuk perut. Mujur ada ramai adik2 tolong habiskan. Heee...next time la cuba lagi.


Masa saya tengah buat cekodok potato fritters ni, mak pon tengah hiris2 kurma. Rupanya mak nak try buat cekodok kurma. Resepi yang baru mak dapat semalam dengan tukang urut kat lepar. Tukang urut ni kata, resepi ni dari Kedah sebab dia asal Kedah. Badan sedap, resepi pon dapat. Ngeh ngeh ngeh!

Jom kita layan resepi CEKODOK KURMA ni.
By: Mak
Sumber: makcik tukang urut

Bahan2:
*1 mangkuk nasi
*1 biji telur
*1 sudu besar madu
*Secubit garam
*Gula 2 sudu besar (kalau tak suka manis, boleh kurangkan)
*Biskut lemak 10 keping tumbuk
*Kurma cincang/potong kecik2
*Tepung gandum agak2 mcm buat cekodok.

Cara2nyer:
*nasi + telur + air di kisar dengan blender
*kemudian, campor je semua bahan di atas macam kita buat jemput-jemput.
*goreng dalam minyak panas

Hasilnya....tadaaaaaaa...

sedap tau. Kalau yang ada budak-budak di rumah, lagi saya galakkan cuba resepi ni. Budak-budak sangat suka.

Selamat mencuba!

Balqis Zin
#qcuteHealthy
#qistAttire
#0195107657

No comments:

Post a Comment