Saturday 25 January 2014

Bahaya stroke aka angin ahmar!

Stroke atau dalam istilah kita angin ahmar. Masa praktikal kat hospital dulu, pesakit stroke ni paling ramai ada kat department physio. Tak pernah berkurang..sentiasa ramai.

Kita ni sokmo sebut stroke, angin ahmar..tau ker stroke tu apa? Gane leh jadi? Siapa yang berisiko dapat?stroke ni maksudnya tiba tiba.. atau dalam istilah perubatan stroke bermaksud kematian mengejut.

Dalam erti kata lain strok adalah serangan otak yg timbul mendadak akibat pembuluh darah otak pecah atau tersumbat. 


Stroke ni terbahagi kepada dua:
-ischemic stroke aka pembuluh darah tersumbat
-hemorrhagic stroke aka pembuluh darah pecah 


Kebiasaannya yang ramai kena adalah ischemic stroke, iaitu pembuluh darah tersumbat. Biasanya kategori stroke ni orang tua yang kena. Bak kata lecturer saya dulu, asalnyer depa dah bawa daripada muda lagi. Macam yang ada tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, diabetis...bila semakin tua, fungsi badan semakin menurun, mudahlah nak kena.

Stroke hemorrhagic aka pembuluh darah pecah pula kebiasaannyer orang muda yang dapat. Haaa? Jangan ingat stroke orang tua je ye. Kebiasaannyer juga orang yang diserang pembuluh darah pecah ni akan menyebabkan kematian.


 Antara punca adalah tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, gangguan jantung, diabetes. Ada kawan saya yang belajar perubatan islam kata, stroke ni puncanyer dari makhluk halus. semua tu tak mustahil kan?!

Faktor lain adalah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, fastfood, kurang senaman, obesiti. Stress yang kronik juga punca terjadinya strok.

Stress?! waa..stress pon boleh menyebabkan stroke tau. bkn stroke je, mcm2 penyakit blh dapat kalau stress je memanjang. huhu!

Dalam keadaan dunia skrg, rasanyer memang kita tak boleh nak elak dari stress ni semua.. dah nama pun kehidupan. nak tak nak, kita kena hadapi... bezanyer, bagaimana kita hadapi stress tersebut?



Antara langkah yang boleh diambil untuk hindarkan diri dari strok adalah:
~hentikan merokok
~periksa tekanan darah anda 
~semak kesihatan jantung anda
~semak gaya hidup dan pemakanan harian
~hindari makan daging merah terlalu banyak
~banyakkan makanan berserat
~kurangkan garam dalam makanan harian 
~kurangkan fastfood 
~aktif bersenam
~atasi dan kawal stress harian anda


bersambung....

No comments:

Post a Comment